Friday, 21 August 2015

Pengalaman aku yang seram ~ dari sekolah Convent, Teknik Teluk Intan, Uitm Merbok, Puspakom..Jeng Jeng Jeng!


Positif! Memang aku mengantuk yang amat hari ni. No no no, bukan sebab semalam malam Jumaat. Tapi, terlampau look forward esok nak cuti. So, aku curi sedikit masa untuk segarkan mata, dengan baca cerita seram! (T T). Dah pulak aku mengimbau kenangan dulu. 

Hmm. Sejak dari kecil dulu, memang aku selalu jugak nampak benda bukan2. Tapi , masa kecil dulu, tak adalah nak takut beriya macam sekarang. Sekarang kalau nampak depan2, lidah terkelu membisu seribu bahasa. Haha.

So, aku pun nak cerita sikit pengalaman aku dulu2. Mungkin bagi sesetengah orang tak seram pun, tapi manalah tau, cerita aku ni dapat mengimbau kenangan korang kan. Dan buat korang termenung malam2. Hahaha.

Masa sekolah rendah-

Aku sekolah dekat Convent Aulong, Taiping Perak. Part paling seram pasal sekolah ni adalah tandas dia. Nak kata besar tu tak sangat pun, tapi gelap. Sekarang aku tak pasti la masih gelap ke dah penuh dengan cahaya keimanan. Err.

Ada sekali tu, aku pergi tandas. Masa tu aku ada bawak tali tag pergi tandas, aku pegang je la. Aku pun lalu deretan tandas tu. Tak ada makna la kan aku nak toleh kiri kanan. Sekali ada orang tarik tali tag tu dari belakang. Sappp! Eh, aku pun pelik. Yang peliknya lagi, tali tag tu ditarik seolah2 dari dalam tandas tepi, belakang sikit dari posisi aku berdiri. Pergh! Lama jugak aksi tarik menarik ni berlaku. Tapi, aku memang tak berani nak jenguk tandas tu. Tak pasal2 ada benda menyeringai karang. Nasib baik sangat ada murid lain masuk tandas. Secara automatik, tali tag tu pun terlepas. Lepas tu, kalau boleh, memang la aku pergi tandas berteman.

Ada sekali tu pulak, aku lalu depan tandas lelaki. Tandas lelaki sekolah ni lebih open dari tandas perempuan. Masa aku lalu tu memang time sunyi, tiba2 ternampak pulak ada rambut panjang sangat warna hitam terjulur keluar dari tandas yang tertutup pintunya. Menjerit la weh. Tapi, lepastu, memang cikgu2 kunci tandas tu. Aku pun taktau kenapa. Adakah sebab ada benda menjurai2? Hahaha.

Pernah jugak la aku nampak lembaga putih masa berkhemah kat sekolah. Tapi, dia tak kacau pun. So, aku pun buat la taktau.

Sekolah rendah dulu pun aku duduk dengan arwah tokwan dan nenek. Jamban kat luar beb. Terpaksa la kejut arwah nenek kalau nak ke tandas sakit perut. Tandas pulak bawah pokok rambutan besar sangat!

Kisahnya dulu, jiran kami ni dikhabarkan bela hantu raya. Kebetulan, tandas ni memang dekat betul dengan pagar jiran yang kononnya bela hantu raya ni. Seraammmm! Nak dijadikan cerita, ketika jiran ni meninggal, ada satu ‘benda’ ni asyik lompat2 atas bumbung. Berpindah randah dari bumbung sebelah ke bumbung kami ke bumbung orang depan. Kuat sangat! Gedegung gedegang. Arwah tokwan ambik parang keluar ke belakang bawah pokok rambutan tu dan marahlah benda tu. Katanya,”Kalau kau berani, kau tunjuklah rupa kau!”. Aku dah menggigil2 dalam rumah dengan arwah nenek. Tapi, Alhamdulillah, aku pasti arwah tokwan aku ni ilmunya tinggi, berhenti benda tu.

Aku sayang duduk kat situ, cumanya seram sikit. Hampir setiap hari jugak aku terjaga tengah malam, aku dengar kerusi diseret kat ruang tamu. Kadang2 siap bunyi rantai berat ikut kaki yang diseret. Mulalah aku kejut arwah nenek dengan macam2 alasan.

Paling aku tak boleh lupa, pakcik aku (masa tu bujang tinggal sekali), pergi kerja dalam pukul 6. Jadi, arwah nenek aku selalu bangun pagi2 masak untuk pakcik aku. Aku pulak tido dalam bilik. Tiba-tiba aku terjaga, aku nampak arwah nenek aku melambai2 tersenyum2. Aku ternganga la jugak sebab aku fikir apehal la arwah nenek aku buat kat penjuru bilik tu. Eh, aku terdengar bunyi kuali kat dapur. Keluar2 bilik, arwah nenek aku tengah masak kat dapur. Mencicit aku lari mengadu.

Banyak jugak masa tu aku nampak benda bukan2. Benda2 tu tak adalah kacau aku pun. Kadang2 bila hantar mak aku shift pagi, ayah aku carry aku naik basikal, aku nampak ada lembaga putih tengah duduk macam duduk antara dua sujud tu. Ada jugak benda tu berdiri tepi kelambu sampai aku terpaksa kejut sepupu aku bangun. (T T). Arwah tokwan rilek je, tak ada pulak suruh aku berubat ke apa. Dengar sambil senyum2 je. 

Masa sekolah teknik-

Bila dah masuk sekolah menengah, aku dah jarang nampak benda bukan2 ni. Jadi, aku agak risau bila masuk sekolah asrama. Nangis2 aku nak pergi asrama tau. Masa aku Form 4, nak dijadikan cerita, aku dapat katil hujung kat tingkap. Dalam hati aku dah menyumpah seranah dah senior yang bagi aku katil ni.

Ada sekali tu, aku tak ingat ada event apa, kitaorang kena siapkan dewan. Senior aku la duk nyanyi “buai laju2 tu”. Aku pun seronok la dengar pasal memang suara ketua aspuri aku tu sedap.

Malam tu, aku rasa tak sedap hati. Aku kejutkan si Ain yang katil paling hujung temankan aku. Baik sangat Ain, temankan aku sembang sampai aku terlelap kononnya. Dia pun tertidur. Sekali, ada bunyi menghembus telinga. Adoiii. Lalu, aku terdengar suara. “Buai lajuuu lajuuu..sampai pokok senaaa..apa dalammm baju..sekuntum bunga cinaaa..hahahahahahaha”. Pergh!! Mengilai panjang pulak lagi. Syaitonnirrojim betullll!! Aku terus terkedu. Dah tak ingat macam mana aku boleh tidur lepastu. Bangun pagi baju busuk je bau peluh. 

Haih, bila dah Form 5, masa tu memang aku asyik tumpang tidur dorm yang ramai orang. Yelah, dorm exco asrama ada empat orang je. Bila terjaga malam, asyik dengar bunyi orang ketuk tingkap bagai. Bila pergi toilet, ada la yang bagi salam dari tangga tu.

Bilik iron pulak sebelah toilet menghadap tangga. Kadang bila aku iron baju, dengar orang memberus baju kat toilet. Dalam hati duk fikir antara dua,”baguslah ada teman, tapi apesal la tengah malam membasuh. Esok bukan cuti pun.” Fikir positif. Pergi jenguk toilet, kosong. Urgh!

Bila sakit perut lagilah jangan cerita. Ada orang siap menyanyi kat sebelah. Mendayu2. Aku memang tak pandang kiri kanan atas semua. Kih3. Tau fokus nak lepaskan hajat je. 

Histeria jangan cakap la kat asrama tu. Keliling pokok sawit kan. Even salah sorang kawan baik aku pun selalu jadi mangsa hysteria. Tarik nafas lega aku bila habis SPM. Tak payah duduk asrama lagi.

Masa Uitm-

Aku ingat dah tak adalah lagi lepas SPM tu kan. Sekali masa dapat uitm, aku kena pergi Uitm Merbok, Kedah. Jauhhhhh. Dapat pulak asrama Masria.Memang tepi hutan belantara.

Mula2 aku duduk dengan room mate lain. Tapi, aku tak tahan. Tak tahan pasal apa, aku tak payah cerita la kan. Masa kat bilik ni, ada ex-room mate aku memang selalu nampak benda. Ada satu malam tu aku nampak lembaga hitam tu rilek je kat tingkap. Berpeluk2 aku dengan room mate aku masa tu.

Tapi, yang paling tak boleh lupa, masa study week dulu aku tak balik. Konon kalau balik rumah, aku tak study. So, masa tu aku duduk dengan Kak Farhana. Satu pagi tu, memang hening sungguh la sebelum Subuh. Aku dengan Kak Farhana sama2 dah bangun. Aku pun pergi la tandas. Masa tu mamai. Aku nampak Kak Farhana tengah gosok gigi masa masuk tandas tu. Lepastu, kejap je la kan aku pun keluar balik. Aku nampak dia gosok gigi lagi. Aku pun cakap,”Aih, pagi2 ni lamanya gosok gigi.” Dia pun buat taktau je. Aku pun terus ambik wuduk. Bengang tapi malas nak peduli pasal dia memang ada mood sikit.

Aku pun balik bilik. Aku nampak selipar dia depan bilik. Eh, aku dah tak sedap hati. Cepat2 aku masuk bilik. Yelah, time ni dah tak mamai. Aku nampak dia atas katil tengah kemas cadar. Aku terduduk. Kak Farhana tanya kenapa. Aku pun cakaplah tadi aku nampak dia kat tandas. Dia pun lagilah pucat. Terus kami ambik keputusan balik rumah. Tunggu sampai ramai orang baru kami datang balik.

Begitulah. Bila dah makin dewasa, aku tak nampak dah benda2 ni especially bila aku belajar kat Shah Alam. Mungkin sebab tengah bandar. Dengar2 cerita je, tapi taka da yang pelik. Terdengar jugak tiba2 ada suara orang mengaji. 

Tempat kerja lama-

Ada jugak la nampak sekali dua. Tu pun bila dah tak ada orang, sebab lupa kunci kereta terpaksa patah balik. Benda tu acah2 lintas2 je.

Sekali lagi masa parking atas bukit. Masa nak reverse parking, dia pun tunggu elok je berdiri belakang kereta. Apa lagi, menderu aku bawak kereta atas rumput larangan pun aku redah. 

Sekarang ni memang dah tak teringat benda2 tu~

Cuma dalam minggu lepas, masa nak ke open house kat Bangi, masa dalam kereta, Safiya ada kata, “Mama, Mama, ada hantuuuu.” Mata melirik kat tangkap kereta. Ajak pulak tanya,”Cantik ke tak cantik?” Jawab Safiya,”Tak cantikk!! Takut.” Terus dia menyorok bawah ketiak Mama.

Kadang kat luar rumah tiba2 Safiya panggil,”Mama, ada hantu”.

Dan, kadang, dia siap buat “Hann…….tuuuuuuu…….”.


Apa2 pun, biasalah kita bukan bersendirian. Agak2 takut, pejam mata, bayangkan ketupat rendang. Semoga malam ni boleh tidur nyenyak!  Jangan biarkan misteri menyelubungi anda. Muahahaha.

2 comments:

  1. wahh bestnya cerita awak . harap awak teruskan menulis artikel yang seram2 macam ni lagi ya . seronok bila baca malam2 ^_^ . anywe , sekarang awak umur berapa ?

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya cerita awak . harap awak teruskan menulis artikel yang seram2 macam ni lagi ya . seronok bila baca malam2 ^_^ . anywe , sekarang awak umur berapa ?

    ReplyDelete