Thursday, 17 September 2015

Pengurusan Perbelanjaan Suami Isteri, mari mengira!

Teringat satu ketika, ada sorang kawan aku ni hampir nak bercerai berai depan mata aku sebab duit. Tercengang jugak aku tengok drama macam tu. Kata si isteri, satu sen pun suaminya tak bagi duit belanja. Terpaksa ikat perut nak langsaikan semua hutang. Hutang masa kahwin, hutang beli kereta. Sudahnya tak dapat beli rumah.

Masalah duit ni memang masalah besar. Bak kata mak mertua aku, dalam perkahwinan ni, umumnya masalah cuma masalah duit ATAU orang ketiga. Masa tu lebih kurang nak motivasi aku yang duk merangkak terkapai2 masa mula2 kahwin dulu. Kononnya baik kau ada masalah duit dari masalah orang ketiga. Hahaha.

Berbalik kepada masalah kawan aku tadi ni, bukan aku je terpinga2, Safiya pun terpinga2 tengok kawan aku menangis. Aku ni nak bagi nasihat, kahwin pun baru lagi. Cuma Ajak ni kan dah berumur sikit, jadinya pendapat Ajak selalunya bernas, tepat dan padat. Bab perbelanjaan. Walaupun tak semua orang boleh ikut ideologi kami, tapi Alhamdulillah kawan aku tu bahagia amalkan cara pengurusan kami sebagai permulaan hidup. Masa tu baru dia tau yang suami dia pernah buat pinjaman dengan Ah Lo** sebelum kahwin dan kad ATM pun peminjam tu yang pegang. Patutlah gaji selalu habis aje. Haih.

1.     Buat buku budget

Ambik buku mana2 yang sedap mata nak memandang tu untuk buat buku budget. Janganlah pakai buku yang warna terang2 karang tengah pening kira duit, dibaling2 pulak buku tu. Buat table cantik2, buat kotak2, dan buat akaun. Aku ni belajar law, so table aku pun macam budak2 darjah satu. (T T). Perbelanjaan tetap dengan perbelanjaan ad-hoc. Perbelanjaan yang bukan tetap ni korang boleh adjust ikut budget bulanan.

2.     Gabungkan gaji

Bab ni memang ramai yang tak suka. Sebab sebab sebab bagi kebanyakan orang, gaji ni titik peluh. Siap ada yang rahsiakan jumlah gaji dari pengetahuan pasangan. Tapi, time belum stabil ni je. Bila kau dah stabil kaya raya nak mampus, kau pakailah bahagian kau tu sampai tak mau.

Okaay, bila dah kira2 komitmen tetap, tolak la dengan gabungan gaji suami isteri tu. Lebihnya boleh buat belanja masing2. Or boleh buat aim korang untuk bulan tu. Ramai yang salah faham kadang2 bila aku beli barang branded tu aku berhutang. Tapi, sebenarnya aku dapat beli sebab buat gabungan gaji ni. Hihihi.

3.     Kad kredit

Seperti entry aku yang lepas, aku nak ingatkan. Ada kad kredit ni tak semestinya orang tu suka berhutang.

Aku marah bila mentaliti masyarakat kita akan assume seseorang tu banyak hutang kalau dia ada kad kredit. In fact, aku banyak berjimat dengan ada kad kredit ni. Kami suami isteri ada kad kredit yang berbeza. Contoh, aku ada HSBC, dia ada Citibank. So, mana2 tempat makan atau hotel yang ada kelebihan untuk kad HSBC akan pakai kad aku dan sebaliknya kalau ada kelebihan untuk kad Citibank pulak. Contoh, masa pergi Lost World Tambun, Ipoh, kalau ada kad Citibank atau HSBC dapat 60% discount bila tidur kat hotel Lost World. Banyaaak tu.

Dan, untuk disiplinkan diri, kalau kemudahan2 biasa, kami pakai satu kad kredit saja. Contoh, kalau bulan ni nak pakai kad aku, apa2 perbelanjaan termasuk barang dapur pakai kad aku. Dan sebaliknya. Tapi, yang senang sebab kami memang gabungkan gaji, jadi tak ada masalah nak berkira2 kat situ.

Seperti yang aku kata, bila dah ada buku budget, kita berbelanja ikut budget saja. Lepas guna kad kredit pada bulan tersebut, bayarlah dengan lebihan gaji yang ada. Tak ada pun bayar interest, at all. Siap dapat point. Kami pernah redeemed macam2 pakai point kad kredit termasuklah sepasang jersey Man U, satu set stationary Faber Castell, voucher Secret Recipe. Semua free dan hanya pakai point.

4.     Cuba berbelanja dengan jimat

Kan dah ada budget bulanan dekat tangan. Jadi, lebih mudah nak shopping barang. Dah tau limit. Bismillah sebelum pergi shopping.

Aku dengan Ajak sama2 carik barang2 yang ada discount. Dulu, kami sanggup pergi Tesco, Giant dan NSK untuk compare harga barang. Tapi, sekarang dah expert sikit. Hahaha. Tak pun, tengok je online promosi untuk bulan tu dekat Website. Kecuali untuk barang2 yang memang tak ada discount, contoh garam dan gula. Takkan kau nak tunggu kiamat baru nak beli garam dengan gula kan.

Okaay, memang syok ambik barang masuk dalam trolley. Baru satu lorong, setiap jenis barang atas rak kau nak campak masuk trolley. Yelah, kadang nak pergi beli susu tin je, sekali dah sampai kat kaunter, dua trolley dengan satu bakul dah ambik. Nangis2. (T T).

Untuk mengelakkan lebihan budget, kira dulu dengan calculator hp canggih korang tu sambil tag barang kat tempat tag. Kan best tu sekali sekala rasa macam cashier. Selalu aku tag dan Ajak tekan calculator. Pasal jari jemari orang yang belajar Engineering mungkin lebih cekap tekan nombor. Hmmm.

Lepastu, tengok jumlah akhir. Kalau boleh, jadikan jumlah tu selepas digenapkan korang untung satu sen atau dua sen. Contoh:-

RM123.56 ~ lepas bundar kat cashier jadi RM123.55, so, untung RM0.01.

Contoh lagi:-

RM232.32 ~ lepas bundar kat cashier jadi RM232.30, so untung RM0.02.

Kalau tak cukup, carik barang yang berakhir dengan 9 sen dan tambah lagi sampai ada untung. Nampak macam remeh tapi cuba kira kalau korang shopping setahun, berapa yang korang dah bazirkan sen2 tu.

Sama jugak bila isi minyak. Korang bahagikan harga yang korang isi tu dengan harga minyak semasa. Ala mesti tau kan. Orang pam sebelah selalu perhati bila kami duk mengira. Ciss!

5.     Terima seadanya

Walaupun kenal memang tak lama sebelum kahwin, Ajak sangat berterus terang dalam bab kewangan. Ajak proposed untuk gabung gaji. Dan, aku setuju. Mungkin jugak sebab gaji dia labih dari aku. Hahahaha. Kidding.

Mesti selalu berterus terang. Bila statement sampai, masing2 tau berapa bayaran yang perlu dibayar sebab memang kami berkongsi.

Mostly, memang kami tak pernah halang apa yang suami atau isteri nak beli sebab masing2 tau tanggungjawab masing2. Tapi, selalunya lebihan tu kami belikan keperluan dan kehendak Safiya. Untuk kami suami isteri, tunggu birthday atau anniversary je. (‘-_-). Dan, kami lebih suka habiskan lebihan tu untuk pergi bercuti satu keluarga. Duit hotel,duit makan, duit lawatan. Keluar dari wallet atau purse adalah sama bagi kami sebab kami berkongsi.

Aku faham masalah akan datang bila gaji suami atau isteri jauh beza antara satu sama lain. Tapi, percayalah, rezeki yang datang pada kita adakalanya tu bukan hak kita semua. Rezeki tu didatangkan melalui kita tapi untuk keluarga dan anak2.

Satu hari bila dah betul2 stabil, kau boleh beli apa saja yang kau nak. Even handbag or kasut yang mahal. Even LV. Oooppps!

Jadi, di atas tu lah antara tips2 yang boleh diamalkan. Dengan cara di atas jugak, boleh pastikan suami korang tak curang. Hahaha. Siap boleh tau dalam wallet suami ada berapa.

Terpulang pada individu. Kami ni kahwin baru tiga tahun. Banyak lagi nak belajar. Belajar masak pun tak habis lagi ni. Terbayang2 keindahan makan sate kat pasar malam Kampung Raja Uda semalam. Walaupun dah naik RM0.50 ke RM0.60, tapi berbaloi2.



2 comments:

  1. Sate yg korg beli hri tu ekkk...dap2... haishh..10x jugk aku tekan link ni nk bace.. coverage terok plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sya..nasib rasanya maintain sama..dagingnye pun bertambah..ko kat mana ni?aku nampak kat hospital?

      Delete