Tuesday, 19 May 2015

Lemang, Rendang, Hotel Royal Penang dan Hotel Syuen/Syeun Ipoh

Pagi tadi makan lemang. Sedap dan berlemak. Cuma takde rendang. Dari suapan pertama sampailah habis, aku asyik terbayang rendang daging. Korang tak rase terliur ke dapat makan lemang, rendang dengan daging lembut kenyal2 sikit. Pergh!


Tapi, tu intro je okay. Memandangkan raya pun nak dekat kan. Mengimbau la rase lemang sikit. Ingat lagi tak kisah Maniam? Kali ni aku nak cerita pengalaman aku tido dekat Hotel Royal Penang dan Hotel Syuen Ipoh. Aku pergi mase cuti Hari Pekerja dengan Hari Wesak haritu.

Hotel Royal Penang
Price per night ~ RM185
Superior room
Twin bed

Aku pergi memang dgn niat nak goyang kaki lepak2 menenangkan minda. Dari Selangor aku lalu jalan dalam ke Taiping dan keluar masuk highway pergi Penang. Lalu jambatan baru. Mase lalu tu nak Maghrib so pemandangan agak cantik.

Sampai hotel lambat. Sob3. Nasib dah booked online kan. Lagipun mase aku check-in tu sampai tiga orang tanya ade kosong lagi ke tak. Parking agak kecik. Barang pulak macam nak duduk setahun. (T T). 

Masuk je bilik, Safiya terloncat2 berlari2 excited. Panjat katil macam Supergirl. Ajak pesan kena la pagar bilik dulu supaya tak kena kacau. Bilik air banyak cermin. Aku tak suke tu. Haih.

Malam tu aku pun tido. Tak lena pun. Pasal takut hantu. Hahaha. Biasala, bile badan penat, rase kena tindih la ape la, tapi sebenarnye perasaan je tu. Hantu pun lalu lalang depan bilik tak singgah pun tanye kabar. Mungkin hantu pun ade aktiviti die sendiri malam2 kan.

Bangun pagi dengan perasaan seronok. Yeay! No ghost. Takde Maniam. Pergi breakfast. Boleh tahan la. Nasik lemak biasa aje. Dan biasa jugak la makanan ditumpahkan dek Safiya.

Bawak Safiya tengok swimming pool. Dah terbayang best jugak kalau mandi kat swimming pool tapi frust pasal kecik sangat. Yang temankan anak2 semua bapak2 yang size pun bukan calang2. Give up naik bilik tido. Check out pukul 1.

Lepastu pergi makan dekat Nasi Kandar Beratur. Kesian Safiya pedas tak boleh makan kari. Beli jeruk. Beli baju Penang buat kenangan (padahal dah banyak kali datang). Makan abc kat Jalan Abu Siti.

Overall, average la hotel ni. Boleh kalau nak tido sini tapi bukan untuk rehat2, lepak2, menikmati pemandangan cantik or mandi swimming pool. Dalam rate 10, aku bagi 5 je. So~so.

Cuma aku seronok pasal dapat bawak Safiya naik feri ke seberang.

Gambar2 hotel yang aku ambik dari Mr. G-





Hotel Syuen/Syeun Ipoh
Price per night ~ RM218
Deluxe room
King bed

Lepas dah balik dari Penang, kami ke Ipoh pulak. Pun nak tenangkan minda sambil jumpa family terdekat.

Sebelum check-in, kami pergi Kedai Mee Kari Mat Jasak. Kedai ni terkenal sebab mee kari memang umph!!

Check out the photo-



Tapi, kami sampai malam dalam hujan gerimis. Aku berlari2 pergi order tapi dah habis. (T T). Dapat yang goreng2 je (which is sedap jugak). Sebab dah geram, aku beli mee goreng, kueh teow goreng dan bihun goreng, Tapau milo ais jugak. Sedap2.

Sampai hotel lambat. Mentang2 dah booked online kan. Okaay. Sampai je lobi, Safiya cakap “Cantik, cantik”. Memang hotel ni klasik dan cantik. Kalau nak cuci mata or tangkap gambar, memang sesuai. Tapi, aku kalau dah lemau camtu, tunggu esok je la. Rugi weh pasal gambar malam lagi cantik.

Masuk bilik, macam biasa pagar dulu ape yang patut. Yang hangin towel room service lupa nak letak. Lama aku tunggu sebab takde towel. Bilik die open concept. Macam Ajak yang suka punggah2 tengok belakang almari takut tertinggal barang, memang sesuai sangat la. Hahaha. Tak payah susah payah lagi. Cuma hati2 dengan tingkap pasal takde grill. Otak aku mase tu melayang terbayang2 kalau ade orang bunuh diri dari atas ni. Siap warning “Do not open the window at all”. Ish2.

Malam tu tido okay je. Pasal aku penat sangat. Whatever la kan aku cakap dengan hantu2 yang lepak dengar live band kat situ.

Bangun pagi pergi breakfast. Menu same aje macam kat Penang. Nasik lemak. Safiya nampak macam tak suke. Makan sikit2 je.

Swimming pool pun kecik. Tak guna jugak bawak swimming suit Safiya. Naik bilik, tido. Asyik tido je kami ni. Hahaha.

Overall, hotel ni cantik. Bilik pun simple dan kemas. Senang carik barang hilang. Sesuai nak bersantai tapi bukan untuk swimming golek2. Ade kemungkinan boleh datang balik. Dalam rate 10, aku bagi 6.





Coming soon ~ Melaka, here I come. Harap takde hantu. Hahahaha. Ketawa besar.

No comments:

Post a Comment