Monday, 11 May 2015

Giving birth to my precious Little Safiya

Aku memang lambat umumkan ketibaan Safiya. Bukan aku tak excited, tapi sekali sekala nak rasa macam artis, kawan-kawan asyik nak tengok gambar Safiya. Sama ada Safiya ikut mata redup daddy atau mata sepet mama, bulu mata lentik daddy atau bulu mata pendek mama, hidung mancung daddy atau hidung kecik mama, uish, macam menghina diri sendiri pulak. Sudah la tu.
Baik, berbalik pada pengalaman aku nak bersalinkan Safiya, sepatutnya Safiya lahir pada bulan Syawal, setelah aku makan berkilo pulut rendang, kuih-muih, air oren dan sebagainya. Tapi, ditakdirkan Safiya kurang gerak pada 01 Ogos hari tu. Doktor nasihatkan aku di ‘induce’ memandangkan dah 39 minggu pun. Jadi, aku walaupun agak frust tak dapat makan rendang tapi aku lebih risaukan Safiya. Lagipun, aku dah tak sabar nak tengok Safiya secara nyata.
Bermulalah episod drama Sinetron. Dr. Siti, doktor yang akan menyambut kelahiran Safiya masukkan sejenis ubat bertujuan untuk cepatkan bukaan supaya aku boleh bersalin. “Kita jumpa esok ya Azean”. Dalam hati aku, esok?? Aku mula tak keruan. “Nurse, bila agaknya ubat ni berkesan”. Jawab nurse, “Ada yang sekejap, ada yang lama, ada yang langsung tak berkesan, kena tengok keadaan”. Alamak, ini yang aku tak suka, tak berkesan?? Pesan suami, banyak-banyakkan berdoa supaya dipermudahkan.
Nak dijadikan cerita, aku memang tak dapat tidur langsung malam tu. Ada sedikit sakit perut tapi boleh ditahan. Yelah, aku memang sangat jarang diserang senggugut. Menjelang ke pagi, suami datang. Aku lihat muka suami ada iras-iras seperti kungfu panda. Lingkaran mata hitamnya jelas. Aku tau penat dia mengemas semalaman untuk menyambut kehadiran Safiya. Sebak pulak di hati. Tapi, aku masih boleh bergelak ketawa sambil makan sarapan. Wah, aku pandang remeh pada sakit contraction. Kalau setakat ini sahaja contraction, aku masih mampu bertahan, boleh beranak sepuluh lagi. Berlagak ye.
Pukul 9 pagi Dr. Siti pun datang. “Bukaan dah 3cm. Pukul 10 masuk labor room”. Seronok aku taktau nak gambarkan. Penantian ini akhirnya akan berakhir. Lalu, pukul 10 pagi, aku ditolak masuk labor room. Dr. Siti pecahkan air ketuban. Air dan darah bercampur penuh katil tu. Saat yang dinantikan pun tiba. Contraction pun datang setiap lima minit. Perghhhh!!Aku tak berapa pasti nak gambarkan kesakitan tu tapi lebih kurang sembelit yang sangat dasyat dan senggugut yang tangkap pinggang. Dah la aku boleh dikira dengan jari sahaja berapa kali aku sembelit seumur hidup aku. Tapi, aku masih cool. Suami sentiasa di samping. Suami aku pun cool lagi.
Kemuncaknya bila nurse datang pukul 12 dan bagitau aku baru bukak 4 cm. Ha?? Baru 4 cm. Lepas tu, aku tengok jam. Lagi berapa jam aku nak tunggu?? Contraction dah makin kerap. Tak pasti sebab mind set atau aku memang sakit, aku dah start berpeluh-peluh dalam kedinginan. Masih bertahan tanpa ubat tahan sakit. Dalam hati sempat berkira mampu ke lagi nak beranak sepuluh tu. Suami lagi la frust. Mana sampai hati nak tengok isteri berpeluh-peluh menahan sakit. Nak pergi solat jumaat pun tak keruan.
Sedang aku berguling-guling sambil asyik tengok jam, jiran di bilik sebelah menambahkan kegelisahan. Dah puas dia menjerit, lagaknya seperti pasukan sorak sewaktu hari sukan sekolah. Tiba-tiba, dengar pulak suami azankan bayi. Wahh! Terkedu sekejap. Lepas terkedu, sambung la balik tercungap-cungap. Ketika ini, baru teringat nak aplikasi subjek Psikologi Pre-Degree dulu. Bukan tak nak ingat, rasanya memang tak belajar cara tangani Psikologi sewaktu bersalin. Kalau Google, memang la selalu jugak rasanya aku carik tapi lebih kepada cara nak meneran (yang mana aku tak aplikasi pun ketika ni). Cis!
Lalu, suami buatkan air untuk aku minum. Bagi tenaga di samping mendoakan segalanya dipermudahkan. Memang menakjubkan, lagi sekali nurse datang bukaan sudah 9 cm. Sayang suamiku. Dalam sakit-sakit tu, aku boleh berazam nak jaga suami aku elok-elok dan taknak merajuk lagi. Pukul 2 petang nurse bagitau yang aku dah boleh meneran. Lagi satu perkara yang menakutkan. Tak pandai teran. Teran, teran, teran, masih belum dapat teknik yang betul. Tenaga entah ke mana. Suami suapkan sedikit air setiap masa sambil pangku kepala aku.
Akhirnya nampak kepala hampir keluar. Kata nurse dah sampai masa untuk paggil doktor. Oh! Aku pun ingat mungkin sambung teran lagi dengan Dr. Siti. Rupa-rupanya Dr. Siti datang dan ………… zaaaaasssst! Belum beranak lagi, tapi kena gunting. Aku dah hilang perasaan. Mungkin akibat contraction, atau buntu belum pasti dengan teknik meneran.
Puan, kalau 2.30, Puan masih belum bersalin, kita terpaksa hantar operation. Teran Puan..
Dah nampak kepala! Lagiiiii..
Dah sampai hidung, cepat!! Nanti baby nak bernafas tak boleh!
Dah sampai bahu, jangan berhenti!! Nanti patah!
Dan akhirnya……..
Puan, cantiknya kulit dia..Cuba Puan tengok, girl or boy?
Cantiknya my baby girl, Alhamdulillah………

Air mata berjuraian. Aku tak peduli apa pun teknik yang digunakan. Aku berjaya bersalinkan Safiya secara normal. Sejujurnya, aku memang tak dengar apa yang doktor atau nurse cakap waktu tu. Aku rasakan tu semua teknik atau taktik nak keluarkan Safiya. Betul ke dah nampak rambut, hidung, bahu?? Aku cuma dengar kata suami yang bagi semangat setiap masa di samping aku. Tanpa suami, aku tak rasa aku mampu. Alhamdulillah..terima kasih suami. Apapun, cancel ye pasal janji yang I taknak merajuk lagi. 

Kata suami pulak, memang trauma pengalaman pertama tengok isteri bersalin terutama bila nampak kepala dah keluar. Allah Maha Kuasa. Aku doakan perjalanan hidup Safiya juga dipermudahkan. Aku jugak doakan cepat-cepat boleh tambah lagi satu. Tak sabar. Hehehe.

Kata doktor, Cuma Safiya seorang bunga berbaju merah jambu yang lahir pada hari tu. Yang lain kumbang berbaju biru. Tapi Safiya la yang paling baik. Dan memang betul, Safiya masih cool begitu walaupun beberapa kali ambil darah akibat jaundis, masuk keluar hospital.
Bagi aku, pengalaman bersalin memang menakjubkan. Tapi jangan lupa berpantang sebenarnya lagi rumit nak diikutkan. Aku memang jaga makan walaupun rendang, lemang, kuih muih atau air oren depan mata. Hasilnya berat kembali pada berat asal malahan lagi ramping pulak. Hahaha. 
Pada rakan-rakan yang nak bersalin, apa yang paling penting kena ingat pengalaman setiap orang berbeza. Ada yang cepat, ada yang lambat, doakan saja segalanya dipermudahkan. Dan jangan risau, wanita memang dikurniakan kebolehan menahan kesakitan bersalin. Lagi satu, bila saja keluar dari labor room tu memang terus lupa kesakitan tu. Ajaib kan? Jadi, Goodluck pada yang akan melahirkan.

Pada yang survey2 tempat bersalin tu, salah satu pilihan bolehla pilih Dr. Siti dari KPJ Shah Alam. Motivational, calm dan jahitan kemas. Siap kena puji dengan nurse Klinik Kesihatan. Bravooo!

No comments:

Post a Comment