Walaupun aku belum beruban dan bergigi dua untuk bercakap mengenai perkahwinan,aku masih ingin berkongsi sesuatu.
Bagi yang telah berkahwin,memang bukan mudah untuk menjaga perkahwinan. Terutamanya para isteri.
Pasti ada yang terdetik,"Kenapalah suami aku tak romantik, Kenapalah suami aku tak boleh belikan barang berjenama, Kenapalah suami aku tak ada masa, Kenapalah suami aku kena kerja tak tentu masa, Kenapalah suami aku susah nak memahami" dan macam-macam kenapalah lagi yang sering bermain di benak isteri. Ada saja yang tak puas hati.
Kuncinya hanya Redha. Bukan senang tapi ya, kuncinya Redha dengan keadaan suami. Mohon petunjuk pada Allah S.W.T. Fahami bahawa tiada manusia yang sempurna.
Tentu ada sebab kenapa isteri itu dikatakan jodoh yang paling sesuai untuk suami. In Sha Allah,dengan meredhai itu akan lebih mengeratkan kasih sayang dan isteri akan lebih ikhlas dalam menjalani kewajipan.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang memperoleh keredhaan itu.
No comments:
Post a Comment