Wednesday, 29 June 2016

Memori Lahirnya Aisyah Sabrina, Alhamdulillah..

Aisyah Sabrina, our precious. Alhamdulillah. Setelah sembilan bulan morning sickness, akhirnya niat aku nak cubit baby girl ni tercapai. Nak mengimbas kembali memori bersalin anak kedua sebelum sakit ngilu2 ni hilang. (T T).

Okaay, kalau ikutkan, Safiya 2 tahun 10 bulan waktu aku bersalinkan Sabrina. Seriously, aku dah lupa macam mana sakit bersalin. Yang aku ingat bil hospital je. Hahaha. Due date Sabrina sepatutnya jatuh masa Nuzul Quran, tapi disebabkan sebab yang sama macam Safiya, aku kena induce lagi. Memang geng, sama-sama lahir bulan puasa, sama2 induce.

Walaupun aku masih memilih untuk bersalin dengan Dr. Siti kat KPJ Shah Alam jugak, kali ni aku pilih bilik sorang. Oopps! Bukan pasal nak berlagak ye, tapi sebab beza bilik sorang, 2 orang dan 4 orang RM100 je. Jadi, memandangkan aku dan Ajak decide taknak tinggal Safiya dengan neneknya kat rumah, elok sangat lah aku pilih bilik sorang ni. 4 orang dalam satu bilik. Erk.

Kisahnya, hari Rabu aku dah start cuti. Masa tu dah rasa baby lambat complete 10 gerakan dah. Adoiii, aku dah agak ni mesti sama kes dengan Safiya. Hari Jumaat pagi aku pergi KPJ dengan Ajak, angkut sekali Safiya dengan neneknya. Seperti yang dijangka, Dr. Siti advised untuk induce sebab history aku sebelum ni dan memandangkan dah 39 minggu++.

Maka, tengahari tu aku dah masuk wad dan pukul 2 petang Dr. Siti datang induce ubat separuh. Tak sakit pun. Jadinya lepak2 la kami tengok TV bagai. TV ni pulak siap ada banyak downloaded films yang best2. Berebut2 la kami dengan Safiya yang asyik nak tengok kartun.

Pukul 5 petang Dr. Siti datang lagi cek dah 3cm. Katanya cepat jugak sebab ingatkan nak bagi bersalin esok. Lepastu, aku pun tengok movie lagi.
Lepastu, tengok movie lagi..
Lepastu, tengok movie lagi..

Dan lagi dan lagi dan lagi. Hahaha.

Bukak puasa agak meriah dengan kehadiran Cik Nasik Kukus Berempah dan Cik Air Kelapa. First time la tengok Ajak bukak puasa beli makanan luar.

Tiba2, dah mula rasa sakit yang agak sakit dalam pukul 10 malam macam tu tapi belum konsisten dan tak sakit sangat la. Masa tu Ajak tengah bukak movie Dumb and Dumber. Sumpah! Dah la rasa sakit tu dah mula datang, tengok movie aku rasa nak mengamuk je.

Akhirnya, dalam pukul 11.30 malam aku panggil nurse. Cek2 nurse kata dah 5cm, mari kita ke labor room. Yeay!! Melompat riang ria okaay. Prepare2, make-up2 nak tangkap gambar, erk. Cium2 Safiya yang busuk. Buang air semua. Tengah malam mengambang nak dekat 12 malam tu kena tolak naik kerusi roda pergi labor room. Sempat tengok kiri kanan kot2 ada hantu tengah2 malam ni kan.

Lepas pasang je CTG, Dr. Siti pun sampai. Aku cakap dengan doktor, “Waaahhh, cepatnya doktor sampaiiii.”. Sempat ketawa kejap. Sempat jugak aku belek Dr. Siti tak pakai bedak dengan lipstik. Tapi masih nampak lembut dan tenang.

Lepas Dr. Siti pecahkan air ketuban, bermulalah perjuangan aku. Macam aku cakap, aku dah lupa sakit bersalin. Kali ni sebab dah tau gas tu free, cuba jugak la nak sedut. Lepastu aku campak je benda alah tu. Terus terang aku cakap, Ajak la penguat semangat masa tu. Muka Ajak nampak risau sangat. Banyak pegang aku bila sakit tu datang. Cium dahi aku. Basahkan kepala dengan air. Bagi aku minum. Ajar aku berzikir. Lepastu Ajak nak pergi toilet la pulak. Nurse kata baring mengiring dapat kurangkan sakit. Aku siap jawab, “Taknak! Taknak! Saya nak suami saya!”. Eceh. Time ni la rasa nak sangat suami di sisi. Selalu gaduh je macam anjing dengan kucing. (T T).

Sekali nurse cek, 7cm. Sekali lagi dah 10cm. Pasal aku dah tak tahan sangat rasa nak buang air besar. Nurse turunkan katil. Dr. Siti tengah pakai uniform dia. Tak dan! Tak dan! Oops! Kepala Sabrina dah terkeluar. Dari jauh Dr. Siti kata boleh teran. Disebabkan masa Safiya, nak 10 kali jugak aku teran, kali ni aku dah tau dah teknik meneran tu. Tarik nafas, teran, curi nafas, teran lagi. Lalu, keluarlah Sabrina. Jahit pun sekejap je.  

Legaaaaaaa. Dipanjangkan umur, Alhamdulillah. Memang sama, berat sama dengan Safiya, panjang sama, ukur lilit kepala pun sama. Tapi, Sabrina keluar2 je lapar yang amat. Asyik mencari susu.

Pukul 12 masuk labor room, pukul 12.43 bersalin. Memang syukur sangat dipermudahkan.

Sabrina memang ditinggalkan dengan aku sepanjang malam. Memang banyak menyusu. Seperti diarahkan nurse, kena panggil nurse bila first time pergi toilet. Masa tu lebih kurang pukul 3 pagi. Bangun je, darah mengalir tak berhenti. Aku dah suspen. Ajak lagilah. Tapi, nurse kata bile menyusu rahim lagi cepat kecut dan darah cepat keluar. Nurse bawak masuk toilet. Hoii. Faham2 la ngilu first time nak buang air after bersalin kan. Ajak take over bersihkan aku. Pakaikan baju dan ganti kain yang penuh darah. Bersihkan darah2 kat dalam toilet. Dan tiba2….. aku pening. Macam nak pitam. Aku fikir, “alahaiiii..penghujung nyawa ke ni..”. Ajak pujuk aku. Dan, aku bersuara, “Nurse, saya…..lapar. Boleh tak saya nak minum air panas cicah biskut?”. Ketawa mereka. Hilang risau.

Ajak pun sediakan air coklat panas dan bagi aku makan biskut. Seriously, aku siap mengigau2 masa tidur tu. Duk teringat sakit bersalin. Ke sebab manja ke apa ke aku tak pasti. Hahaha. Ajak pun asyik terjaga bila aku mengigau, pujuk2 aku tidur balik.

Sampailah pagi. Tengahari dah dapat discharge.

Perasaan aku kali ni, terharu sangat dengan Ajak. Ajak kata dia risaukan aku masa dalam labor room. Dan, katanya cukup dah 2 orang ni sebab kesian tengok aku sakit bersalin. Sepanjang malam aku tengok Ajak jadi robot jaga aku. Tu belum lagi melayan Safiya yang agak huru hara dapat adik baru. Nasib neneknya pun ada.

Alhamdulillah sangat2. Walaupun yang kedua, tapi aku menghargai setiap detik bersama Ajak sepanjang tempoh aku bersalin. Sebab Ajak tak ambil mudah kesakitan aku walaupun dah kali kedua aku bersalin. Ajak masih melayan aku sepenuh hati.

Allah. Lagi sekali aku lupa dah sakit bersalin. Hahahaha. Adakah ini bermakna nak tambah lagi? Oopppsss!!



No comments:

Post a Comment