Tuesday, 26 April 2016

Cik baby is coming soon ^^

Menghitung hari ke bulan Ramadhan bererti menghitung hari nak bersalin. Baru mula mengemas barang. Kerja aku sorting2 aje, yang lain2 Ajak buat. Ajak bersihkan botol2 susu, bersihkan rumah, potong rumput, err ade kaitan ke potong rumput dengan persediaan bersalin? (T T).

Walaupun cik baby dah sekilo lebih, ramai yang kata aku nampak steady. Haa, mereka2 yang cakap macam ni taktau aku masih lagi morning sickness sampai la saat aku tulis blog ni. Aku rasa aku tergolong dalam golongan yang akan morning sickness sampai la bersalin. Dan, mereka taktau aku sangat mengah mendaki tangga.

Kali ni, memang sangat berbeza dengan Safiya. Aku lebih berseri2, suka keju, suka soya, suka makan mee dan jarang makan nasik, berat pun naik tak ketara, dan macam2 lagi yang berbeza. Cik baby asyik tendang scanner. Sangat aktif, yang ni memang sama macam Safiya.

And yes, dah scan. Alhamdulillah, it’s a girl InsyaAllah. Scan masa kat KPJ Shah Alam masa 7 bulan lebih haritu. Okaay, masa ni pun sangat menyayat hati. Bila Dr. Siti cakap cik baby adalah girl, bergenang air mata Ajak. Ajak kata Ajak takut sangat tak boleh bahagikan kasih sayang dengan Safiya dan cik baby. Reaksi lagi lebih dari mama yang rilek je hahaha. Romantik sangat. Erk.

Tapi, aku faham kenapa.

Ajak sangat setia mendengar setiap apa yang Safiya cerita. Sambil tu Ajak akan betulkan perkataan2 yang pelat atau tambah perkataan2 yang patut Safiya gunakan. Tu pasal la jugak Safiya dah pandai susun2 ayat macam – Safiya nak tengok kartun tapi Safiya kena makan dan wash hand dulu. She learns a lot from him.

Setiap kali kena marah, Ajak akan panggil dan explain satu2 dekat Safiya. Kenapa dan kenapa Ajak marah. Oh, aku memang takde kesabaran ni. Dan, Safiya boleh explain balik kemudian bila kesalahan yang sama berulang. She remembers a lot by simple and logic explanation from him.

Ajak tak pernah tipu Safiya. Bila Safiya bertanya, maka jawapan adalah jawapan yang sangat matang. Contoh, dulu Safiya nak grab barang masa shopping, aku akan cakap nanti kita pusing dulu baru beli. Kalau aku nak suruh Safiya tidur, aku akan cakap kalau tidur lambat nanti hantu datang.

Tapi, kalau Ajak, Ajak akan explain  macam – kenapa nak susu kotak kecik? Gambar Mickey Mouse ni tak berbaloi, baik beli kotak besar lagi jimat, ada diskaun. Atau, Safiya kena tidur sebab esok Mama dan Daddy work. Nanti mengantuk. Hari sabtu kan kita cuti. Mula2 aku tak percaya budak2 akan faham tapi amazingly, Safiya faham sangat2. Sekarang kalau beli barang, Safiya akan tanya ada diskaun ke Mama? Kalau Safiya nak ni boleh? Kalau aku cakap takde diskaun, Safiya akan letak balik. She understands well.

And of course, sometimes, to be honest, memang Safiya akan tanya kenapa badan lelaki macam ni, dan kenapa badan perempuan macam tu. Setakat ni aku tak dengar lagi Ajak cakap besar nanti Safiya tau la. Tapi, Ajak akan bercerita dan terangkan yang – ada dua jantina berbeza, boy dan girl. Boy macam Daddy and girl macam Mama, juga macam Safiya. Sebab tu Daddy tak akan basuhkan kencing atau berak Safiya sebab Daddy boy.

Ajak yakin dengan Safiya. Masa kami berjalan kat Jusco Shah Alam haritu, Safiya nak naik basikal. Aku tunggu 2 minit je. Tapi, Ajak tunggu setengah jam cuma untuk ajar Safiya naik basikal. She loves the fact that he is letting her exploring.

Ajak tak pernah mungkir janji dengan Safiya. Kalau Ajak cakap nak bawak pergi jalan, maka mesti bawak pergi jalan walaupun depan rumah. Dan Ajak akan tanya Safiya, “okaay tak?” And again, he will explain, why this and why that.

Bila Ajak tegur sikit, air mata dah berlinang macam end of world. Merajuk balik langsir. Mulalah drama pujuk memujuk. Hmm. Aku ni nak merajuk pun tak sempat nyempat. (T T).

Hohoho. Tu pasal bila Ajak masuk hospital, Safiya nampak gelisah mengalahkan aku. Banyak sangat persamaan mereka ni. Walaupun kami tak pernah ada adik, aku pasti Safiya is going to have a great time.

Walaupun ramai yang sibuk complaint dan ada yang cakap benda2 macam – “girl lagi?”,“adoiiiiii”. Tapi, kami sangat bersyukur. Aku dah merasa kehilangan dan keguguran dua kali berturut2. Maka, aku sangat mensyukuri nikmat ni. Aku taknak bertindak kejam dan cakap, orang yang bertanya tu pun masih belum punya cucu setelah bertahun2, atau orang yang bertanya tu pun suaminya asyik biarkan isterinya berseorangan terkontang kanting.

So, would having a pair is good enough? Aku percaya apa pun bergantung pada didikan ibu bapa. Lelaki atau perempuan sama je. Bukan senang nak didik dalam dunia yang moden ni. Aku tengok yang merempit kat kesas sebelah rumah aku tiap hujung minggu tu lelaki. Dan aku tengok yang selalu lari rumah tu perempuan. Jadi, tak payah takut. Berikan tumpuan sebaiknya.

Yang paling penting, Ajak masih sama dan pada perkiraan aku dia lebih memahami dari masa aku pregnantkan Safiya. Ajak banyak mengemas, sidai baju, mop lantai, tunggu aku habis masak, kemas dapur, layan Safiya (walaupun aku dengar macam anjing dengan kucing bergaduh), cuma lipat baju dan masak je die tak suka. Hahaha.

Kali ni, hormon melenting tu pun takdelah macam Safiya dulu. Sampai baling tupperware kat Ajak. 

Pada yang sibuk berlumba nak mengejar tu, silakanlah. Kami tambah anak dan walaupun sama jantina, tak lagi kami terfikir nak tambah lagi sebab keadaan ekonomi yang tak mengizinkan. Aku faham dengan bangsa kita yang sibuk berkata anak itu rezeki. Rezeki itu luas, dapat makan sesuap nasi tanpa lauk pun rezeki, sihat juga rezeki, ada seketul mainan saja pun rezeki, susahkan mak ayah pun takpe sebab dah rezeki, anak pertama masih lagi terkapai2 pun takpe sebab dah rezeki. Sengal orang macam ni.


Begitulah. Macam2 sikap manusia ni. Bak kata-kata di bawah ni:-




Tata!!

No comments:

Post a Comment