Fuhhhh!! Baru boleh bernafas dengan tenang. Minggu2
yang sangat sibuk.
Dan, aku yang sendu tanpa Ajak
di sisi.
Sebulan yang lepas lebih
kurang, pada malam Ahad nak ke Isnin, Ajak sakit perut yang amat sangat. Sampai
badan die panas. Aku jadi panic. Takkan la sakit perut boleh sampai demam kan.
Esok paginye tu aku bawak Ajak pergi klinik dan doctor terus refer ke hospital.
Aku pilih KPJ Klang sebab dekat dengan rumah.
Bila jumpa dengan pakar
gastro, pakar bagitau kena admit. Benda pertama yang Ajak cakap, Ajak taknak
masuk hospital sebab risaukan keadaan aku dengan Safiya. Aku dengan lagaknya
cakap aku mampu. Ala, setakat beberapa hari fikir aku.
Dan kesengsaraan aku bermula.
Walhal sebelum aku kahwin, aku
berdikari. Sampaikan aku daftar sambung degree pun sendiri. Tersorong2 bawak
beg, sendiri. Bila dah ada kereta, drive dari KL ke Taiping hampir tiap2
minggu, juga sendiri. Steady je.
Masa mula2 bertunang dengan
Ajak, Ajak selalu marah bila aku tak angkat call. Sampaikan Ajak pernah tunggu
depan rumah risaukan aku. Aku fikir aku mampu untuk berdikari. Aku mampu hidup
berseorangan.
Tapi, lepas aku kahwin, Ajak
tak pernah biarkan aku sendiri. Pergi Tesco pun Ajak temankan. Drive ke office
Ajak hantarkan. Walau pergi interview pun Ajak sanggup ambil cuti. Bil telefon
Ajak selalu penuh dengan nombor aku.
Tiba2 Ajak jatuh sakit. Sampaikan
satu pagi, aku pergi Bank Islam nak bayarkan kad kredit. Terkial2 aku menekan
butang. Aku call Ajak, hanya untuk tahu pilihan butang bayaran kad kredit.
Aku drive sendiri ke office.
Kaki lenguh, perut senak. Terkial2 bawak kereta. Side parking pun dah confuse. Walaupun
lawak, tapi isi minyak pun rasa kekok.
Pokok tak bersiram, tong gas
habis tak berhantar.
Betapa aku ingin menangis.
Baru aku sedar, rupa2nya aku
isteri yang manja.
Aku bangun tengah malam. Rasa
kosong. Hatiku terdetik, walaupun sekejap, aku rasa kehilangan.
Akhirnya aku kalah. Aku
menangis.
Ketika itu, aku doakan Ajak
cepat sembuh. Walau maknanya nanti kami akan mengiau bercakaran seperti kucing.
Aku rindukan Ajak. (T T).
Safiya meragam. Langsung tak
makan sepanjang Ajak kat hospital. Sampai aku terpaksa pukul Safiya, marahkan
Safiya, risaukan Safiya yang taknak isi perut hampir seminggu.
Nasib juga ada kawan yang sudi
datang temankan aku. Terima kasih banyak2. Sekurang2nya ada yang memberi kata
semangat.
Kesimpulannya, kadang2 memang
kita rasa kita sebagai isteri dah cukup terer dan mampu buat semua sorang2.
Tapi, bila takde, percayalah, terkedu sendu sayu dan pilu. Banyak gunanya suami
ni tau. Hahaha.
Masa suami ada, memang ramai
yang suka komplain sana sini. Bila takde, fuhhhh! Pfft!
Hargailah suami. Bayangkan
mereka yang terpaksa berjauhan. Mendukung anak sendirian. Penat bekerja lagi. Dan
bayangkan mereka yang kehilangan.
Rasa bersyukur sangat. Semoga
Allah panjangkan umur kita semua dapat menikmati kasih sayang pasangan kita.
Sekeluarnya Ajak dari hospital, kami pun bergaduh la macam biasa. (T T).

No comments:
Post a Comment