Nangis dulu lepastu baru
cerita. (T T). Dengan keadaan ekonomi yang sangat mengancam jiwa ni, walau atas
sebab apapun, kejatuhan harga minyak ke..negara banyak hutang ke..derma tak
cukup ke..dan macam2 lagi sebab..aku percaya ramai yang cuba sedaya upaya untuk
survive..financially. Seperti jugak aku. Terkesan beb. Terus naik kedut kat
muka ni. Belum 30 dah kedut berkerut2. Sendu.
Aku nak share way of life
aku. Macam mana aku survive dengan Ajak dan si kecik Safiya. Dah lama pun buat.
Tapi, kena perkemaskan lagi dan perketatkan lagi disiplin. Eceh. Maybe korang2
nak try jugak. Mari kita mulakan:-
1.
Jual barang recycle.
Aku rasa dah ada tempat yang implement kena
asing2 plastik untuk barang2 yang boleh kitar semula ni. Tapi, tempat aku belum
kena. Walaupun macam tu, agak sayang la kan untuk kita buang terus sebab
kebanyakannya adalah barang2 harian. Apa aku buat, setiap kali kami satu
keluarga ada gunakan barang kitar semula ni, kami akan basuh bersih2 dan
asingkan ikut kategori. Contoh barang2 kitar semula yang aku pakai ialah tin
sardin, botol minuman, botol minyak, botol detergent, air kotak dan sebagainya.
Kena rajin basuh la supaya tak busuk dan
tak ada lipas. Potong la kotak tu kemas2. Agak2 dah penuh plastik boleh la
jual. Takde la aku nak cadangkan jadi auntie yang pusing satu taman kutip
barang kitar semula tu. Ni barang2 yang kita sendiri pakai. Sekali jual,
walaupun tak sampai RM10 tapi tetap duit. Pernah jugak aku jual dapat RM1.50
je. Sob3. Tapi, apa pun tetap rezeki. Kalau dihargai, Allah akan bagi lebih
lagi. Lama2 jadi bukit tau. Jangan tak percaya, dulu aku tak payah beratur pun
nak timbang barang2 ni kat tempat kitar semula. Sekarang…..wah! kena tunggu.
2.
Kira penggunaan elektrik.
Ok. Aku rasa ramai yang dah tau bahawa
baru2 ni subsidi kita dipotong lagi. Dan, walaupun kita semua
marah2 macam hantu kak limah, kita takkan berjaya untuk mengubah hakikat yang
kita memang akan bayar jugak macam mana pun kannnn.
Aku ada dengar pasal tutup plug semua ni.
Ada macam2 cara lagi aku dengar untuk jimat kos elektrik. Apa pun, di samping
tips2 penggunaan yang lain tu, pastikan yang kita monitor appliances dalam
rumah dan penggunaan kita setiap hari. Ni adalah asas penggunaan dan tips2 yang
kita amalkan.
Contoh ya. Kat belakang appliances kita ada tulis
berapa WATT yang diperlukan. Katalah tv Samsung. Ni Ajak yang buat calculation.
Kalau tv korang brand lain, tengok je belakang tv tu, atau search je kat google.
Seperti kiraan di bawah:-
Based on Samsung website, the maximum power consumption for almost the
same model of television is 186W and 0.3W for standby mode.
Power consumption from 2000 to 2300.
186W x 3 hours = 558Wh/0.558kWh
|
Maksudnya, penggunaan untuk satu jam adalah
lebih kurang 186W. Sepanjang hari takde orang kat rumah, jadi mula tengok tv
pukul 8malam-11malam. Tiga jam. Jadi darabkan. Dapat 558W. Standby mode tu
walaupun nampak macam takde kesan, cuba tengok, 0.3W untuk satu jam. Aku takde
Astro jadi setiap kali habis tengok tv, semua tutup. Jangan tanya kenapa takde
Astro. Jimat tau. Hahaha. Setiap kali siaran tak cantik, jenuh kami diri tepi
tv, goyang2 wayar. Jadilah dapat tengok TV1, 2, 3, 8, 9.
Guna kiraan yang sama untuk semua
appliances. Lagi save energy lagi bagus. Bila dah jumlahkan, katalah dapat 20,000W
iaitu bersamaan dengan 20KW untuk satu hari. Untuk 30 hari, dapatlah kiraan
penggunaan yang dimasukkan dalam bil elektrik korang bulan tu.
Contoh pengiraan lagi:-
Penggunaan satu
hari = 20KW
Penggunaan
sebulan = 20KW X 30 hari
= 600KW
Aplikasikan dalam
bil terbaru:-
200 bacaan
pertama = 0.218 X 200KW
= RM43.60
100 bacaan kedua = 0.314 X 100KW
= RM31.40
300 bacaan kedua = 0.516 X 300KW
= RM154.80
Maka, jumlah
penggunaan = RM231.80 + GST
|
Mak oii mahalnya. (T T). Nasib bil aku tak
sampai macam ni. Ni kiraan lebih kurang ye.
Okaay, macam tu nak kira. Senang kan. Jadi,
kalau agak2 tak boleh nak survive dengan kadar semasa, cuba tengok appliance
mana yang tinggi penggunaannya. Lampu, kipas, aircond, pilih yang boleh
jimatkan penggunaan tenaga. Atau inisiatif sendiri untuk kurangkan kadar
penggunaan. Dalam pada tu, kebaikan kita monitor hari2 meter kita kat luar
rumah tu supaya kita berhati2. Agak2 dah terlebih atau nak dekat2 jatuh pada
aras yang seterusnya, cuba minimakan penggunaan. Balik kampung ke, tidur rumah
kawan ke, hahaha. Macam kami ni, selalu sabtu ahad tumpang aircond mall je.
Kalau duk rumah, dah tentu nak bukak tv, aircond bagai.
Bayar awal dan jangan lewat. Ada penalty
untuk pembayaran lewat. Walaupun tak banyak, sangat merugikan.
3.
Masak.
Ni jawapan biasa la. Masak. Penat jugak. Balik
kerja kena masak. Ni kalau mampu dari segi masa dan tenaga. Tak guna jugak kalau
masak tapi lauk pauk macam nak raya. Takde jugak istilah jimat kan. Ni kami
cuba nak apply sebelum keluar sabtu ahad tu makan dekat rumah dulu. Hari2 lain
memang cuba la untuk bawak bekal pergi pejabat dengan lauk yang sangat simple
dan cepat untuk disediakan. Sadis jugak bila tengok ikan bilis, sardin, telur
dan sebagainya yang dulu dikategorikan sebagai makanan waktu sesak, mahal
bebeno dah sekarang.
4.
Survey barang bila nak shopping.
Yang ni rasanya aku dah bagi tips ni dulu.
Sama jugak la sampai sekarang. In fact, minggu lepas kami pergi sampai empat
pasaraya nak carik barang yang murah. Mydin, NSK, Giant dan Tesco. Tapi nasib
semua dekat2. Kalau korang jauh dengan pasaraya, boleh tengok dekat catalogue. Cuma
kadang2 catalogue ni letak sesetengah barang je diskaun yang lain kena tengok
live.
5.
Shopping pakai kad atau kat tempat yang
boleh dapat cash rebate atau point.
Selain dari barang2 dapur, kami suka pergi
One Utama. Parking pakai point OU card je. Beli barang atau makan kat OU boleh
dapat point untuk kad OU dan boleh ditukarkan pada cash kemudian hari.
Maksudnya, boleh beli barang atau makan pakai point tu. Baru2 ni aku belikan
Safiya Tigger kawan Pooh tu pakai point OU je. Jimat duit.
Barang2 dapur pun boleh aplikasi macam ni.
Kebanyakan pasaraya sekarang ni dah ada card keahlian. Boleh dapat voucher.
Untung.
6.
Basuh kereta sendiri.
Ni kalau nak jimat duit la. Kalau jimat
masa dan tenaga, memang tak sebab makan masa dan berpeluh menitik2 membasuh
kereta luar dalam. Kalau sesuai dengan keadaan rumah, boleh cuba jugak. Ajak
setakat ni memang tak pernah lagi basuh kereta kat luar. Elok pun. Sebab dulu
masa bawak kereta Ayah pergi basuh, sudahnya dia yang pinjam kain dengan vacuum
orang tu. (T T).
Selalu apa aku buat bangun awal2 sabtu tak
payah la tido balik. Aku akan lap dan vacuum bahagian dalam, Ajak pulak akan
buat bahagian luar dan tayar. Pada isteri2, percayalah. Mesti suami bertambah
sayang tengok kita berpeluh2 tolong basuh kereta. Auwwww!
Lebih kurang macam tu lah kami cuba survive sekarang
ni. Kuatkan semangat dan tempuhilah hari2 yang mendatang dengan senyuman. Tak
payah nak hirau dengan gaya2 orang sekarang ni yang sibuk check-in tunjuk makan
kat mana. Kesusahan mereka sapalah yang tau tak gitu? Ngeh3. Ukur baju di badan
sendiri.

No comments:
Post a Comment