Monday, 25 January 2016

Kisah Safiya, Lima Puluh Ringgit dan Seketul Tulang~

Bulan February ni Safiya dah mencecah 2 tahun 6 bulan. Baru2 ni Safiya penyek si kucing Nimi sampai kena cakar. Nangis sekejap, bangun, hidung kembang kuncup menghadap Nimi sambil bersuara,”apa ni cakar2, amboiiii, Nimi ni!”. (T T).

Dalam umurnya sekarang, aku dan Ajak masih lagi cuba mendalami karakter Safiya. Dari kami mendidik dengan pegang hanger, tak jalan beb. Sama ada tersengih lebih atau ternangis lebih. Maka, Ajak datang dengan idea takutkan Safiya dengan ulat dan lipas. Hati perempuan, manakan tahan dengan kegelian ulat dan lipas. Ugutan yang masih berkesan.

Cuti Disember yang lalu, kami bertiga balik Taiping. Bawak Safiya jalan2. Nenek bagi Safiya RM50. Banyak tu. Safiya ambik masukkan dalam handbag Frozen. Aku biarkan. Sebab aku tau Safiya teliti orangnya. Malangnya, RM50 tu terlalu lama dibiarkan dalam handbag Frozen sampai kami bercuti dekat Port Dickson dengan mama dan ayah Ajak.

Ajak ingatkan aku berkali2 supaya simpan duit RM50 tu. Yelah, banyak kan untuk budak2 sebaya Safiya tu. Aku pulak, lalai dan terleka, lupa nak ambik sampai la balik rumah.

Seminggu kemudian~

Aku baru teringat nak carik sebab tengah mengemas nak balik kampung hari Jumaat tu. Bukak handbag Frozen, duit RM1 dengan RM5 je ade bersusun. Dah mula berdebar2. Tanya Safiya, katanye taktau. Ajak dah mula naik angin. Punggah semua permainan, rumah Mickey Mouse, atas bawah kiri kanan. Dan akhirnya, tak jumpa. Menangis la si Mama meratap depan permainan Safiya dimarahi dek Daddy yang memang pantang barang hilang (tambah2 duit la kan).

Datang Safiya memujuk. Seribu kali aku tanyakan mana duit RM50 tu. Katanye taktau. Aku tenangkan hati. Safiya memujuk sambil mencium dahi aku. “Mama, Daddy marah Mama sebab duit hilang? Kesiannn Mama”. Hatiku tersentuh. Mujur ade si comel yang seolah2 memahami. “Safiya teman Mama tidur ye”, katenye lagi.

Esoknya, aku bangun awal mengemas lagi dan sediakan sarapan. Safiya menjenguk di dapur. Lapar barangkali. Aku bersiap pantas dan naik ke bilik. Mata aku tertumpu pada satu objek. Duit RM50 tu! “Mana jumpa?!”. Dengan selamba, Safiya katekan, “Safiya simpan la Mama. Dalam kotak ni.” Cantik berlipat. Aku terkedu. Safiya kenakan aku dan Ajak. (T T).

Aku dan Ajak berbincang. Kami mengambil langkah lebih berjaga2. Namun…….

Sabtu lepas, aku pergi One Utama. Bawak Safiya jalan2 dan nak habiskan voucher Mattel products RM40. Nak expiry dah. Pusing2 jumpa la yang berkenan. Barbie doll. Dalam set barbie doll tu, ade barbie doll yang tarik stroller untuk dog dan cat. 6 ekor kecik2. Safiya suka. Dan dalangnya ade dalam set tu iaitu 2 ketul tulang sebesar skru.

Beginilah rupa set tu dan TULANG tersebut. Sila lihat mangkuk kiut tu:-



Kami pun gerak balik ke kampung terus lepastu. Macam biasa, bukakkan toys dan sebagainya. Habiskan masa dengan Safiya sampai Isnin. Cuti panjang la katakan. Semalam, kami dah siap2 mengemas, cadang nak gerak lepas Maghrib. Sedang mengutip barbie doll Safiya, panic attack! Seketul tulang takde!! OMG. Makanya, Ayah, Mama, aku dan Ajak beriya2 mencarik, vacum carpet, angkat kerusi, bersihkan habuk, sekali pandang gaya nak raya. Hidung Ajak sampai berdarah, panas kot cuaca kene mengemas pulak lagi. Safiya turut mencari. Bahaya tu.

Aku dan Ajak ade mengagak yang Safiya tau lokasi tulang hilang. Tapi, Safiya hanya sibuk ke sana sini. Bila dimarah, Tok Ayah, Wan Mami dan Bibik tegur aku katekan yang Safiya takkan tau sebab dia hanya budak. Lalu Safiya menghilang ikut Tok Ayah dan Wan Mami keluar hantar sayur.

Setelah bertungkus lumus TIGA JAM, Ajak jumpa tulang tu dekat kerusi makan Safiya. Sampai saja rumah, naik longlai la dah Mama dengan Daddy nak marah Safiya, sambut ajelah dengan senyuman. Fikirnya, aku dan Ajak dah tinggalkan dia dan balik Klang. Manelah biasa tidur tanpa Safiya di sisi.

Ajak pun keutarakan pertanyaan pada Safiya. “Mana tulang tu?”. Dengan riak wajah tak bersalah, boleh pulak Safiya tunjuk meja makan dia tu. (T T). Terkedu semua orang. Haih. Terkena lagi aku!!