Aisyah Sabrina, our
precious. Alhamdulillah. Setelah sembilan bulan morning sickness, akhirnya niat
aku nak cubit baby girl ni tercapai. Nak mengimbas kembali memori bersalin anak
kedua sebelum sakit ngilu2 ni hilang. (T T).
Okaay, kalau ikutkan,
Safiya 2 tahun 10 bulan waktu aku bersalinkan Sabrina. Seriously, aku dah lupa
macam mana sakit bersalin. Yang aku ingat bil hospital je. Hahaha. Due date
Sabrina sepatutnya jatuh masa Nuzul Quran, tapi disebabkan sebab yang sama
macam Safiya, aku kena induce lagi. Memang geng, sama-sama lahir bulan puasa,
sama2 induce.
Walaupun aku masih memilih
untuk bersalin dengan Dr. Siti kat KPJ Shah Alam jugak, kali ni aku pilih bilik
sorang. Oopps! Bukan pasal nak berlagak ye, tapi sebab beza bilik sorang, 2
orang dan 4 orang RM100 je. Jadi, memandangkan aku dan Ajak decide taknak
tinggal Safiya dengan neneknya kat rumah, elok sangat lah aku pilih bilik
sorang ni. 4 orang dalam satu bilik. Erk.
Kisahnya, hari Rabu aku
dah start cuti. Masa tu dah rasa baby lambat complete 10 gerakan dah. Adoiii,
aku dah agak ni mesti sama kes dengan Safiya. Hari Jumaat pagi aku pergi KPJ
dengan Ajak, angkut sekali Safiya dengan neneknya. Seperti yang dijangka, Dr.
Siti advised untuk induce sebab history aku sebelum ni dan memandangkan dah 39 minggu++.
Maka, tengahari tu aku dah
masuk wad dan pukul 2 petang Dr. Siti datang induce ubat separuh. Tak sakit
pun. Jadinya lepak2 la kami tengok TV bagai. TV ni pulak siap ada banyak
downloaded films yang best2. Berebut2 la kami dengan Safiya yang asyik nak tengok
kartun.
Pukul 5 petang Dr. Siti
datang lagi cek dah 3cm. Katanya cepat jugak sebab ingatkan nak bagi bersalin
esok. Lepastu, aku pun tengok movie lagi.
…
…
…
Lepastu, tengok movie
lagi..
…
…
…
Lepastu, tengok movie
lagi..
Dan lagi dan lagi dan
lagi. Hahaha.
Bukak puasa agak meriah
dengan kehadiran Cik Nasik Kukus Berempah dan Cik Air Kelapa. First time la
tengok Ajak bukak puasa beli makanan luar.
Tiba2, dah mula rasa sakit
yang agak sakit dalam pukul 10 malam macam tu tapi belum konsisten dan tak
sakit sangat la. Masa tu Ajak tengah bukak movie Dumb and Dumber. Sumpah! Dah
la rasa sakit tu dah mula datang, tengok movie aku rasa nak mengamuk je.
Akhirnya, dalam pukul
11.30 malam aku panggil nurse. Cek2 nurse kata dah 5cm, mari kita ke labor
room. Yeay!! Melompat riang ria okaay. Prepare2, make-up2 nak tangkap gambar,
erk. Cium2 Safiya yang busuk. Buang air semua. Tengah malam mengambang nak
dekat 12 malam tu kena tolak naik kerusi roda pergi labor room. Sempat tengok
kiri kanan kot2 ada hantu tengah2 malam ni kan.
Lepas pasang je CTG, Dr.
Siti pun sampai. Aku cakap dengan doktor, “Waaahhh, cepatnya doktor
sampaiiii.”. Sempat ketawa kejap. Sempat jugak aku belek Dr. Siti tak pakai
bedak dengan lipstik. Tapi masih nampak lembut dan tenang.
Lepas Dr. Siti pecahkan
air ketuban, bermulalah perjuangan aku. Macam aku cakap, aku dah lupa sakit
bersalin. Kali ni sebab dah tau gas tu free, cuba jugak la nak sedut. Lepastu
aku campak je benda alah tu. Terus terang aku cakap, Ajak la penguat semangat
masa tu. Muka Ajak nampak risau sangat. Banyak pegang aku bila sakit tu datang.
Cium dahi aku. Basahkan kepala dengan air. Bagi aku minum. Ajar aku berzikir.
Lepastu Ajak nak pergi toilet la pulak. Nurse kata baring mengiring dapat
kurangkan sakit. Aku siap jawab, “Taknak! Taknak! Saya nak suami saya!”. Eceh.
Time ni la rasa nak sangat suami di sisi. Selalu gaduh je macam anjing dengan
kucing. (T T).
Sekali nurse cek, 7cm.
Sekali lagi dah 10cm. Pasal aku dah tak tahan sangat rasa nak buang air besar.
Nurse turunkan katil. Dr. Siti tengah pakai uniform dia. Tak dan! Tak dan!
Oops! Kepala Sabrina dah terkeluar. Dari jauh Dr. Siti kata boleh teran. Disebabkan
masa Safiya, nak 10 kali jugak aku teran, kali ni aku dah tau dah teknik
meneran tu. Tarik nafas, teran, curi nafas, teran lagi. Lalu, keluarlah
Sabrina. Jahit pun sekejap je.
Legaaaaaaa. Dipanjangkan
umur, Alhamdulillah. Memang sama, berat sama dengan Safiya, panjang sama, ukur
lilit kepala pun sama. Tapi, Sabrina keluar2 je lapar yang amat. Asyik mencari
susu.
Pukul 12 masuk labor room,
pukul 12.43 bersalin. Memang syukur sangat dipermudahkan.
Sabrina memang
ditinggalkan dengan aku sepanjang malam. Memang banyak menyusu. Seperti
diarahkan nurse, kena panggil nurse bila first time pergi toilet. Masa tu lebih
kurang pukul 3 pagi. Bangun je, darah mengalir tak berhenti. Aku dah suspen.
Ajak lagilah. Tapi, nurse kata bile menyusu rahim lagi cepat kecut dan darah
cepat keluar. Nurse bawak masuk toilet. Hoii. Faham2 la ngilu first time nak
buang air after bersalin kan. Ajak take over bersihkan aku. Pakaikan baju dan
ganti kain yang penuh darah. Bersihkan darah2 kat dalam toilet. Dan tiba2…..
aku pening. Macam nak pitam. Aku fikir, “alahaiiii..penghujung nyawa ke ni..”.
Ajak pujuk aku. Dan, aku bersuara, “Nurse, saya…..lapar. Boleh tak saya nak
minum air panas cicah biskut?”. Ketawa mereka. Hilang risau.
Ajak pun sediakan air
coklat panas dan bagi aku makan biskut. Seriously, aku siap mengigau2 masa
tidur tu. Duk teringat sakit bersalin. Ke sebab manja ke apa ke aku tak pasti.
Hahaha. Ajak pun asyik terjaga bila aku mengigau, pujuk2 aku tidur balik.
Sampailah pagi. Tengahari
dah dapat discharge.
Perasaan aku kali ni,
terharu sangat dengan Ajak. Ajak kata dia risaukan aku masa dalam labor room.
Dan, katanya cukup dah 2 orang ni sebab kesian tengok aku sakit bersalin.
Sepanjang malam aku tengok Ajak jadi robot jaga aku. Tu belum lagi melayan
Safiya yang agak huru hara dapat adik baru. Nasib neneknya pun ada.
Alhamdulillah sangat2.
Walaupun yang kedua, tapi aku menghargai setiap detik bersama Ajak sepanjang
tempoh aku bersalin. Sebab Ajak tak ambil mudah kesakitan aku walaupun dah kali
kedua aku bersalin. Ajak masih melayan aku sepenuh hati.
Allah. Lagi sekali aku
lupa dah sakit bersalin. Hahahaha. Adakah ini bermakna nak tambah lagi?
Oopppsss!!