Monday, 12 October 2015

Zero Percent Installment & Zero Balance Transfer

Haii..otak masih lagi teringat kejadian hantu kat opis. Ramai jugak yang kena kacau rupanya. Tu la, aku suka baca kisah2 hantu. Yang latest aku baca, kisah seram ofis baru, ala kat Forum Cari tu. Ambik kau. Tu aku akan update kemudian la dalam kisah2 seram.

Harini masih lagi berbincang bab kewangan. Iaitu nak memperkenalkan Zero Percent Instalment atas kad kredit. Aku sebut sebagai ZPI la. Kematu jari aku nak taip panjang2. Boleh digunapakai bagi mendapatkan barang keperluan tanpa membayar interest pada bank. Ingat! Perinsip kita cuba sedaya upaya berbelanja tanpa membayar interest.

Sebelum tu, sila lihat gambar di bawah dan harga beli:-


Stroller Peg Perego - RM2,300.00



Car seat Peg Perego - RM1,700.00


Baby Cot Getha - RM1,200.00 (lupa harga sebenar, rupa pun lain, tapi set comforter sama)

Breast Pump Medela - RM1,200.00 (pun lupa harga sebenar)

Seperti aku pernah katakan, jangan nak berlagak sangat kalau tak pakai kad kredit konon tak ada hutang atau buat ayat sarcastic seperti “ala, aku mana mampu”. Come on. Kalau kau rasa kau taknak ikat perut untuk beli barang yang kau nak, duk diam2 ok.

Masa aku pregnantkan Safiya, aku survey dengan Ajak barang2 baby yang bagus2 untuk Safiya. Kami sebenarnya taktau jantina Safiya sampai Safiya lahir. Ada la jugak hint2 tapi hint yang tak pasti. Jadi, kami beli apa2 warna dan design terutamanya yang bagus dan senang nak guna. Nak angkut dan nak selesa. Maklumla, dua2 tak pernah merasa masa kecik dulu. 

Lepas survey2 yang agak lama, maka dah pilihlah barang2 yang sesuai. Untuk barang2 yang mahal macam ni, kami beli agak awal sebab pakai ZPI.

Macam mana nak aplikasi:-

1. Buat keputusan nak beli barang apa, fikir betul2 sebab ni akan jadi komitmen korang.
2. Survey kedai yang boleh buat ZPI untuk barang tersebut. Dan, boleh gunakan kad kredit korang. 
    Selalunya Maybank rajin buat.
3. Pastikan kad kredit korang ada kuota lagi untuk keseluruhan amount.
4. Bahagi ikut kemampuan bulanan. Aku nak cepat so buat enam bulan or dua belas bulan.

Tak semua barang boleh pakai ZPI ni dan tak semua kedai setuju dengan pakej begini.

Katalah harga stroller tu RM2300.00 dan kedai tersebut sediakan ZPI, maka kita boleh bayar secara ansuran guna kad kredit. Tetapi, tiada interest dikenakan. Ingat ye, TIADA INTEREST DIKENAKAN. Kalau yang ada tu, janganlah korang pergi ambik pulak. Buat naya je.

Bandingkan ye, kalau pakai kad kredit dan beli sekali harung (aku bercakap pasal insan yang suka bayar minimum setiap bulan), berapa dah interest bank kena bayar kan. Tak guna la dapat discount banyak tapi bayar interest kejadah semua dengan bank.

Jadi, kami bayar ansuran tetap tanpa interest setiap bulan selama yang kami ambik la. Selalunya ada pakej 6 bulan, 12 bulan dan 24 bulan.

Ok, tips-tips ni jugak boleh pakai untuk penapis air, perabot dan macam2 barang yang dibenarkan dengan kad yang dibenarkan. Tapi, janganlah habiskan pulak kuota kad kredit tu. Ni kemudahan saja.

Barang2 kami pun semua dah habis bayar lepas lahirkan Safiya. Dah la dapat dicount 20% sebab pakai kad Maybank, dapat pulak bayar ansuran tanpa interest. Walaupun terpaksa ikat perut, azam aku tercapai. Buku nota kami tu lah sampai lusuh kami mengira perbelanjaan bulanan.

Ni contoh saja tau. Pandai2 la aplikasi. Jangan nak jahanamkan Kementerian Kewangan Rumahtangga pulak.

Macam mana pulak dengan yang tak ada kuota dah dalam kad kredit dia. Terlajak pakai la kira. Ramai aku rasa kan? Jadi, kalau dah insaf, hahaha, bolehlah korang buat Zero Balance Transfer. Yang ni aku sebut sebagai ZBT la eh. Contoh:-

Amount tertunggak dalam kad kredit      :           RM3,000.00

Interest perlu dibayar atas jumlah tertunggak~

Mohon untuk buat ZBT ke mana2 bank yang buat pakej ZBT dan kemudian, bank akan proses untuk kelulusan. Satu akaun baru akan dibuat atas nama korang dan berjumlah RM3,000.00. Masa bergantung pada bank. Selalunya dibenarkan selama enam bulan atau dua . Bayarlah RM500.00 setiap bulan sehingga habis, TANPA INTEREST.

Sekarang ni aku tengok bank dah banyak yang dah tak buat ZBT. Tapi akan kenakan sedikit interest bulanan yang masih lagi sangat rendah dibandingkan korang bayar interest biasa tu. Katalah RM3,000.00 tu hanya 0.5% dikenakan atas baki tertunggak setiap bulan. Okaay la kan, seposen pun duit maaa.

Yang ni aku belajar dari lelaki cina yang jual rumah dekat aku dulu. Dia ada tiga property yang dia beli dengan wife dia – satu untuk duduk, dua untuk investment. Untuk rolling duit awal2 tu, dia selalu buat balance transfer supaya tak payah bayar interest. Sampai katanya ada 10 akaun balance transfer dia. Wow! Tapi, memang cerdik. Sekarang dah senang sikit, property pun banyak. Umur sama je dengan aku. (T T). Nangis2.

Cara apa sekalipun, kalau boleh elakkan la bayar interest untuk kad kredit. Kenapalah nak menyumbang begitu banyak duit untuk bayar kat bank dan akhirnya melangut tak dapat apa2. Sedih. Terpaksa atau tidak, selagi boleh, ada banyak cara untuk golongan2 average macam kita ni survive.

Oleh yang demikian, gunakan tips2 ni dengan berhemah ye!

Aku harap hantu yang kacau aku tu puas hati dengan tips2 ni. Renung renungkan hantu.


Thursday, 17 September 2015

Pengurusan Perbelanjaan Suami Isteri, mari mengira!

Teringat satu ketika, ada sorang kawan aku ni hampir nak bercerai berai depan mata aku sebab duit. Tercengang jugak aku tengok drama macam tu. Kata si isteri, satu sen pun suaminya tak bagi duit belanja. Terpaksa ikat perut nak langsaikan semua hutang. Hutang masa kahwin, hutang beli kereta. Sudahnya tak dapat beli rumah.

Masalah duit ni memang masalah besar. Bak kata mak mertua aku, dalam perkahwinan ni, umumnya masalah cuma masalah duit ATAU orang ketiga. Masa tu lebih kurang nak motivasi aku yang duk merangkak terkapai2 masa mula2 kahwin dulu. Kononnya baik kau ada masalah duit dari masalah orang ketiga. Hahaha.

Berbalik kepada masalah kawan aku tadi ni, bukan aku je terpinga2, Safiya pun terpinga2 tengok kawan aku menangis. Aku ni nak bagi nasihat, kahwin pun baru lagi. Cuma Ajak ni kan dah berumur sikit, jadinya pendapat Ajak selalunya bernas, tepat dan padat. Bab perbelanjaan. Walaupun tak semua orang boleh ikut ideologi kami, tapi Alhamdulillah kawan aku tu bahagia amalkan cara pengurusan kami sebagai permulaan hidup. Masa tu baru dia tau yang suami dia pernah buat pinjaman dengan Ah Lo** sebelum kahwin dan kad ATM pun peminjam tu yang pegang. Patutlah gaji selalu habis aje. Haih.

1.     Buat buku budget

Ambik buku mana2 yang sedap mata nak memandang tu untuk buat buku budget. Janganlah pakai buku yang warna terang2 karang tengah pening kira duit, dibaling2 pulak buku tu. Buat table cantik2, buat kotak2, dan buat akaun. Aku ni belajar law, so table aku pun macam budak2 darjah satu. (T T). Perbelanjaan tetap dengan perbelanjaan ad-hoc. Perbelanjaan yang bukan tetap ni korang boleh adjust ikut budget bulanan.

2.     Gabungkan gaji

Bab ni memang ramai yang tak suka. Sebab sebab sebab bagi kebanyakan orang, gaji ni titik peluh. Siap ada yang rahsiakan jumlah gaji dari pengetahuan pasangan. Tapi, time belum stabil ni je. Bila kau dah stabil kaya raya nak mampus, kau pakailah bahagian kau tu sampai tak mau.

Okaay, bila dah kira2 komitmen tetap, tolak la dengan gabungan gaji suami isteri tu. Lebihnya boleh buat belanja masing2. Or boleh buat aim korang untuk bulan tu. Ramai yang salah faham kadang2 bila aku beli barang branded tu aku berhutang. Tapi, sebenarnya aku dapat beli sebab buat gabungan gaji ni. Hihihi.

3.     Kad kredit

Seperti entry aku yang lepas, aku nak ingatkan. Ada kad kredit ni tak semestinya orang tu suka berhutang.

Aku marah bila mentaliti masyarakat kita akan assume seseorang tu banyak hutang kalau dia ada kad kredit. In fact, aku banyak berjimat dengan ada kad kredit ni. Kami suami isteri ada kad kredit yang berbeza. Contoh, aku ada HSBC, dia ada Citibank. So, mana2 tempat makan atau hotel yang ada kelebihan untuk kad HSBC akan pakai kad aku dan sebaliknya kalau ada kelebihan untuk kad Citibank pulak. Contoh, masa pergi Lost World Tambun, Ipoh, kalau ada kad Citibank atau HSBC dapat 60% discount bila tidur kat hotel Lost World. Banyaaak tu.

Dan, untuk disiplinkan diri, kalau kemudahan2 biasa, kami pakai satu kad kredit saja. Contoh, kalau bulan ni nak pakai kad aku, apa2 perbelanjaan termasuk barang dapur pakai kad aku. Dan sebaliknya. Tapi, yang senang sebab kami memang gabungkan gaji, jadi tak ada masalah nak berkira2 kat situ.

Seperti yang aku kata, bila dah ada buku budget, kita berbelanja ikut budget saja. Lepas guna kad kredit pada bulan tersebut, bayarlah dengan lebihan gaji yang ada. Tak ada pun bayar interest, at all. Siap dapat point. Kami pernah redeemed macam2 pakai point kad kredit termasuklah sepasang jersey Man U, satu set stationary Faber Castell, voucher Secret Recipe. Semua free dan hanya pakai point.

4.     Cuba berbelanja dengan jimat

Kan dah ada budget bulanan dekat tangan. Jadi, lebih mudah nak shopping barang. Dah tau limit. Bismillah sebelum pergi shopping.

Aku dengan Ajak sama2 carik barang2 yang ada discount. Dulu, kami sanggup pergi Tesco, Giant dan NSK untuk compare harga barang. Tapi, sekarang dah expert sikit. Hahaha. Tak pun, tengok je online promosi untuk bulan tu dekat Website. Kecuali untuk barang2 yang memang tak ada discount, contoh garam dan gula. Takkan kau nak tunggu kiamat baru nak beli garam dengan gula kan.

Okaay, memang syok ambik barang masuk dalam trolley. Baru satu lorong, setiap jenis barang atas rak kau nak campak masuk trolley. Yelah, kadang nak pergi beli susu tin je, sekali dah sampai kat kaunter, dua trolley dengan satu bakul dah ambik. Nangis2. (T T).

Untuk mengelakkan lebihan budget, kira dulu dengan calculator hp canggih korang tu sambil tag barang kat tempat tag. Kan best tu sekali sekala rasa macam cashier. Selalu aku tag dan Ajak tekan calculator. Pasal jari jemari orang yang belajar Engineering mungkin lebih cekap tekan nombor. Hmmm.

Lepastu, tengok jumlah akhir. Kalau boleh, jadikan jumlah tu selepas digenapkan korang untung satu sen atau dua sen. Contoh:-

RM123.56 ~ lepas bundar kat cashier jadi RM123.55, so, untung RM0.01.

Contoh lagi:-

RM232.32 ~ lepas bundar kat cashier jadi RM232.30, so untung RM0.02.

Kalau tak cukup, carik barang yang berakhir dengan 9 sen dan tambah lagi sampai ada untung. Nampak macam remeh tapi cuba kira kalau korang shopping setahun, berapa yang korang dah bazirkan sen2 tu.

Sama jugak bila isi minyak. Korang bahagikan harga yang korang isi tu dengan harga minyak semasa. Ala mesti tau kan. Orang pam sebelah selalu perhati bila kami duk mengira. Ciss!

5.     Terima seadanya

Walaupun kenal memang tak lama sebelum kahwin, Ajak sangat berterus terang dalam bab kewangan. Ajak proposed untuk gabung gaji. Dan, aku setuju. Mungkin jugak sebab gaji dia labih dari aku. Hahahaha. Kidding.

Mesti selalu berterus terang. Bila statement sampai, masing2 tau berapa bayaran yang perlu dibayar sebab memang kami berkongsi.

Mostly, memang kami tak pernah halang apa yang suami atau isteri nak beli sebab masing2 tau tanggungjawab masing2. Tapi, selalunya lebihan tu kami belikan keperluan dan kehendak Safiya. Untuk kami suami isteri, tunggu birthday atau anniversary je. (‘-_-). Dan, kami lebih suka habiskan lebihan tu untuk pergi bercuti satu keluarga. Duit hotel,duit makan, duit lawatan. Keluar dari wallet atau purse adalah sama bagi kami sebab kami berkongsi.

Aku faham masalah akan datang bila gaji suami atau isteri jauh beza antara satu sama lain. Tapi, percayalah, rezeki yang datang pada kita adakalanya tu bukan hak kita semua. Rezeki tu didatangkan melalui kita tapi untuk keluarga dan anak2.

Satu hari bila dah betul2 stabil, kau boleh beli apa saja yang kau nak. Even handbag or kasut yang mahal. Even LV. Oooppps!

Jadi, di atas tu lah antara tips2 yang boleh diamalkan. Dengan cara di atas jugak, boleh pastikan suami korang tak curang. Hahaha. Siap boleh tau dalam wallet suami ada berapa.

Terpulang pada individu. Kami ni kahwin baru tiga tahun. Banyak lagi nak belajar. Belajar masak pun tak habis lagi ni. Terbayang2 keindahan makan sate kat pasar malam Kampung Raja Uda semalam. Walaupun dah naik RM0.50 ke RM0.60, tapi berbaloi2.



Friday, 21 August 2015

Pengalaman aku yang seram ~ dari sekolah Convent, Teknik Teluk Intan, Uitm Merbok, Puspakom..Jeng Jeng Jeng!


Positif! Memang aku mengantuk yang amat hari ni. No no no, bukan sebab semalam malam Jumaat. Tapi, terlampau look forward esok nak cuti. So, aku curi sedikit masa untuk segarkan mata, dengan baca cerita seram! (T T). Dah pulak aku mengimbau kenangan dulu. 

Hmm. Sejak dari kecil dulu, memang aku selalu jugak nampak benda bukan2. Tapi , masa kecil dulu, tak adalah nak takut beriya macam sekarang. Sekarang kalau nampak depan2, lidah terkelu membisu seribu bahasa. Haha.

So, aku pun nak cerita sikit pengalaman aku dulu2. Mungkin bagi sesetengah orang tak seram pun, tapi manalah tau, cerita aku ni dapat mengimbau kenangan korang kan. Dan buat korang termenung malam2. Hahaha.

Masa sekolah rendah-

Aku sekolah dekat Convent Aulong, Taiping Perak. Part paling seram pasal sekolah ni adalah tandas dia. Nak kata besar tu tak sangat pun, tapi gelap. Sekarang aku tak pasti la masih gelap ke dah penuh dengan cahaya keimanan. Err.

Ada sekali tu, aku pergi tandas. Masa tu aku ada bawak tali tag pergi tandas, aku pegang je la. Aku pun lalu deretan tandas tu. Tak ada makna la kan aku nak toleh kiri kanan. Sekali ada orang tarik tali tag tu dari belakang. Sappp! Eh, aku pun pelik. Yang peliknya lagi, tali tag tu ditarik seolah2 dari dalam tandas tepi, belakang sikit dari posisi aku berdiri. Pergh! Lama jugak aksi tarik menarik ni berlaku. Tapi, aku memang tak berani nak jenguk tandas tu. Tak pasal2 ada benda menyeringai karang. Nasib baik sangat ada murid lain masuk tandas. Secara automatik, tali tag tu pun terlepas. Lepas tu, kalau boleh, memang la aku pergi tandas berteman.

Ada sekali tu pulak, aku lalu depan tandas lelaki. Tandas lelaki sekolah ni lebih open dari tandas perempuan. Masa aku lalu tu memang time sunyi, tiba2 ternampak pulak ada rambut panjang sangat warna hitam terjulur keluar dari tandas yang tertutup pintunya. Menjerit la weh. Tapi, lepastu, memang cikgu2 kunci tandas tu. Aku pun taktau kenapa. Adakah sebab ada benda menjurai2? Hahaha.

Pernah jugak la aku nampak lembaga putih masa berkhemah kat sekolah. Tapi, dia tak kacau pun. So, aku pun buat la taktau.

Sekolah rendah dulu pun aku duduk dengan arwah tokwan dan nenek. Jamban kat luar beb. Terpaksa la kejut arwah nenek kalau nak ke tandas sakit perut. Tandas pulak bawah pokok rambutan besar sangat!

Kisahnya dulu, jiran kami ni dikhabarkan bela hantu raya. Kebetulan, tandas ni memang dekat betul dengan pagar jiran yang kononnya bela hantu raya ni. Seraammmm! Nak dijadikan cerita, ketika jiran ni meninggal, ada satu ‘benda’ ni asyik lompat2 atas bumbung. Berpindah randah dari bumbung sebelah ke bumbung kami ke bumbung orang depan. Kuat sangat! Gedegung gedegang. Arwah tokwan ambik parang keluar ke belakang bawah pokok rambutan tu dan marahlah benda tu. Katanya,”Kalau kau berani, kau tunjuklah rupa kau!”. Aku dah menggigil2 dalam rumah dengan arwah nenek. Tapi, Alhamdulillah, aku pasti arwah tokwan aku ni ilmunya tinggi, berhenti benda tu.

Aku sayang duduk kat situ, cumanya seram sikit. Hampir setiap hari jugak aku terjaga tengah malam, aku dengar kerusi diseret kat ruang tamu. Kadang2 siap bunyi rantai berat ikut kaki yang diseret. Mulalah aku kejut arwah nenek dengan macam2 alasan.

Paling aku tak boleh lupa, pakcik aku (masa tu bujang tinggal sekali), pergi kerja dalam pukul 6. Jadi, arwah nenek aku selalu bangun pagi2 masak untuk pakcik aku. Aku pulak tido dalam bilik. Tiba-tiba aku terjaga, aku nampak arwah nenek aku melambai2 tersenyum2. Aku ternganga la jugak sebab aku fikir apehal la arwah nenek aku buat kat penjuru bilik tu. Eh, aku terdengar bunyi kuali kat dapur. Keluar2 bilik, arwah nenek aku tengah masak kat dapur. Mencicit aku lari mengadu.

Banyak jugak masa tu aku nampak benda bukan2. Benda2 tu tak adalah kacau aku pun. Kadang2 bila hantar mak aku shift pagi, ayah aku carry aku naik basikal, aku nampak ada lembaga putih tengah duduk macam duduk antara dua sujud tu. Ada jugak benda tu berdiri tepi kelambu sampai aku terpaksa kejut sepupu aku bangun. (T T). Arwah tokwan rilek je, tak ada pulak suruh aku berubat ke apa. Dengar sambil senyum2 je. 

Masa sekolah teknik-

Bila dah masuk sekolah menengah, aku dah jarang nampak benda bukan2 ni. Jadi, aku agak risau bila masuk sekolah asrama. Nangis2 aku nak pergi asrama tau. Masa aku Form 4, nak dijadikan cerita, aku dapat katil hujung kat tingkap. Dalam hati aku dah menyumpah seranah dah senior yang bagi aku katil ni.

Ada sekali tu, aku tak ingat ada event apa, kitaorang kena siapkan dewan. Senior aku la duk nyanyi “buai laju2 tu”. Aku pun seronok la dengar pasal memang suara ketua aspuri aku tu sedap.

Malam tu, aku rasa tak sedap hati. Aku kejutkan si Ain yang katil paling hujung temankan aku. Baik sangat Ain, temankan aku sembang sampai aku terlelap kononnya. Dia pun tertidur. Sekali, ada bunyi menghembus telinga. Adoiii. Lalu, aku terdengar suara. “Buai lajuuu lajuuu..sampai pokok senaaa..apa dalammm baju..sekuntum bunga cinaaa..hahahahahahaha”. Pergh!! Mengilai panjang pulak lagi. Syaitonnirrojim betullll!! Aku terus terkedu. Dah tak ingat macam mana aku boleh tidur lepastu. Bangun pagi baju busuk je bau peluh. 

Haih, bila dah Form 5, masa tu memang aku asyik tumpang tidur dorm yang ramai orang. Yelah, dorm exco asrama ada empat orang je. Bila terjaga malam, asyik dengar bunyi orang ketuk tingkap bagai. Bila pergi toilet, ada la yang bagi salam dari tangga tu.

Bilik iron pulak sebelah toilet menghadap tangga. Kadang bila aku iron baju, dengar orang memberus baju kat toilet. Dalam hati duk fikir antara dua,”baguslah ada teman, tapi apesal la tengah malam membasuh. Esok bukan cuti pun.” Fikir positif. Pergi jenguk toilet, kosong. Urgh!

Bila sakit perut lagilah jangan cerita. Ada orang siap menyanyi kat sebelah. Mendayu2. Aku memang tak pandang kiri kanan atas semua. Kih3. Tau fokus nak lepaskan hajat je. 

Histeria jangan cakap la kat asrama tu. Keliling pokok sawit kan. Even salah sorang kawan baik aku pun selalu jadi mangsa hysteria. Tarik nafas lega aku bila habis SPM. Tak payah duduk asrama lagi.

Masa Uitm-

Aku ingat dah tak adalah lagi lepas SPM tu kan. Sekali masa dapat uitm, aku kena pergi Uitm Merbok, Kedah. Jauhhhhh. Dapat pulak asrama Masria.Memang tepi hutan belantara.

Mula2 aku duduk dengan room mate lain. Tapi, aku tak tahan. Tak tahan pasal apa, aku tak payah cerita la kan. Masa kat bilik ni, ada ex-room mate aku memang selalu nampak benda. Ada satu malam tu aku nampak lembaga hitam tu rilek je kat tingkap. Berpeluk2 aku dengan room mate aku masa tu.

Tapi, yang paling tak boleh lupa, masa study week dulu aku tak balik. Konon kalau balik rumah, aku tak study. So, masa tu aku duduk dengan Kak Farhana. Satu pagi tu, memang hening sungguh la sebelum Subuh. Aku dengan Kak Farhana sama2 dah bangun. Aku pun pergi la tandas. Masa tu mamai. Aku nampak Kak Farhana tengah gosok gigi masa masuk tandas tu. Lepastu, kejap je la kan aku pun keluar balik. Aku nampak dia gosok gigi lagi. Aku pun cakap,”Aih, pagi2 ni lamanya gosok gigi.” Dia pun buat taktau je. Aku pun terus ambik wuduk. Bengang tapi malas nak peduli pasal dia memang ada mood sikit.

Aku pun balik bilik. Aku nampak selipar dia depan bilik. Eh, aku dah tak sedap hati. Cepat2 aku masuk bilik. Yelah, time ni dah tak mamai. Aku nampak dia atas katil tengah kemas cadar. Aku terduduk. Kak Farhana tanya kenapa. Aku pun cakaplah tadi aku nampak dia kat tandas. Dia pun lagilah pucat. Terus kami ambik keputusan balik rumah. Tunggu sampai ramai orang baru kami datang balik.

Begitulah. Bila dah makin dewasa, aku tak nampak dah benda2 ni especially bila aku belajar kat Shah Alam. Mungkin sebab tengah bandar. Dengar2 cerita je, tapi taka da yang pelik. Terdengar jugak tiba2 ada suara orang mengaji. 

Tempat kerja lama-

Ada jugak la nampak sekali dua. Tu pun bila dah tak ada orang, sebab lupa kunci kereta terpaksa patah balik. Benda tu acah2 lintas2 je.

Sekali lagi masa parking atas bukit. Masa nak reverse parking, dia pun tunggu elok je berdiri belakang kereta. Apa lagi, menderu aku bawak kereta atas rumput larangan pun aku redah. 

Sekarang ni memang dah tak teringat benda2 tu~

Cuma dalam minggu lepas, masa nak ke open house kat Bangi, masa dalam kereta, Safiya ada kata, “Mama, Mama, ada hantuuuu.” Mata melirik kat tangkap kereta. Ajak pulak tanya,”Cantik ke tak cantik?” Jawab Safiya,”Tak cantikk!! Takut.” Terus dia menyorok bawah ketiak Mama.

Kadang kat luar rumah tiba2 Safiya panggil,”Mama, ada hantu”.

Dan, kadang, dia siap buat “Hann…….tuuuuuuu…….”.


Apa2 pun, biasalah kita bukan bersendirian. Agak2 takut, pejam mata, bayangkan ketupat rendang. Semoga malam ni boleh tidur nyenyak!  Jangan biarkan misteri menyelubungi anda. Muahahaha.

Sunday, 26 July 2015

Membesarkan anak bukan mudah. Jauhi riak! Opps. Safiya, teh tarik dan sup daging.

Membesarkan anak bukan mudah.

Anak aku baru seorang, minggu depan genap dua tahun. Mesti yang lebih senior mendabik dada merendahkan aku ibu muda ni. Whatever.

Or ade yang kata girl tak seaktif boy. Okaay akak2, tak ada istilah macam tu. Ramai jugak office mate aku anak2 girl lagiii dasyat dari boy. Jangan ingat pulak kalau anak semua perempuan senang beno menjaganya pasal konon2 tak aktif. Hikhok hikhok.

Tak kisah la berapa anak pun, jantina ape pun, aku yakin hampir semua akan melalui fasa – anak buat benda yang bukan2, we olls naik angin, pukul sikit or marah2, tapi kemudiannya bila tengok anak2 kecil ni tidur, rasa bersalah.  Bersalah sangat2 sampai boleh nangis berkoyan2.

Semalam Safiya accident dengan teh tarik sampai ke tilam, dan sebab Safiya jugak, habis sup daging terpercik ke dinding, exactly macam mural. Cuma penuh dengan minyak dan lemak daging. Dan KUNING!

Aku marah Safiya. Mula2 tahap kucing hutan je, tapi sebab dia tak ambik serious, aku terpaksa jadi singa. Maka, bertungkus lumus la Daddy dan Mama bersihkan tilam, dinding dan lantai, pada pukul 12 tengah malam. Lepas marah tahap singa tak makan 7 hari 7 malam pun, dia tak jugak tidur. Hohoho. Energy yang amat dasyat selepas kenduri satu hari kat kampung siang tadi.

Menguji kesabaran Daddy dan Mama yang nak kena bangun pukul 3 pagi pulak lepas ni untuk ke airport.

Sebelum tidur, aku tanya Safiya-

“Safiya, pain2 tak?”

“Pain2, Mama buat” Dengan muka sayu dan mulut muncung Voldemort.

“Kan Mama dah cakap, Safiya must be careful”

“Sorry Mama”

Tersentap.

“Mama pun sorry okay”

“Okaay”

Dan, Safiya tidur. Ngigau2. “Taknak Mama, taknak…..”

Dush! Aku rasa terpukul. Bersalah. Tapi, aku sebagai Mama kena lah main peranan untuk membentuk peribadi Safiya. Aku ada terbaca macam2 tips2, macam2 cara mendidik anak dengan betul tapi bagi aku, kanak2 punya karakter berbeza. Begitu juga dengan cara didikan mereka.

Aku suka bertanya pendapat Jojo, office mate aku. Katanya, kasih sayang dan marah perlu sama seimbang supaya tak memudaratkan. Fasa ini anak2 sedang membentuk karakter mereka. Mereka perlu belajar, sama ada dari pengalaman atau penerangan. Yelah, kalau suka main elektrik takkan nak bagi kena renjatan pulak semata2 nak bagi pengalaman. Hihihi.

Untuk Safiya, anak aku yang sentiasa aktif walaupun tak makan coklat, aku perlu tegas. Bukan bererti tak sayang (sedapkan hati). (T T).

Lepas ni, aku akan cuba perbanyakkan tips2 yang aku rasa sesuai untuk Safiya, untuk Safiya tau, untuk u olls kena lah buat research lebih sikit-

  1. Bila Safiya tumpahkan makanan atau main dengan air. Suruh dia lap supaya lain kali dia pun taknak main2 lagi sebab taknak buat extra kerja. Masalahnya dia memang suka lap2 ni. Kadang aku lap pun dia lap sekali. Boleh cuba. Hmm.
  2. Bila Safiya buat benda bukan2, kena explain kat Safiya kenapa tak boleh. Pun mungkin boleh cuba cakap dengan Safiya. Cuma Safiya ni suka experiment. Dia nak kena tau kenapa tak boleh. Contoh, bila aku tengah mop lantai, berpuluh kali dah pesan suruh duk diam2. Takmau. Bila dah jatuh, baru tersentap. Terus maintain satu tempat, rehatkan diri, sedia.
  3. Bila nak terangkan pada Safiya, kena buat contoh guna diri sendiri. Contoh, bila Safiya cubit, cakar, gigit, buat balik kat dia, sikit je la. Tak adalah nak melampau sampai berbirat. Bagi dia rasa sikit je. Lepastu boleh tanya Safiya pain tak? Sama lah macam Mama bila Safiya buat. Ada jugak cuba sebelum ni tapi reply dia dua je, lari ngadu kat Daddy or tahan nangis sambil mintak susu.
  4. Safiya suka jaga barang dia. Semua nak simpan tak boleh share. Mungkin boleh cuba bagi adik? Oopsss! Bahaya statement ni. Kalau Safiya tau, mau dirobohkan satu rumah tu. Asal aku pegang baby je, nak dihenyak baby tu. Asal ade budak pergi kat Daddy je, cepat2 cop riba Daddy. Buat muka tak bersalah.

Kesimpulannya, bukan parents je yang terkesan dengan didikan anak2 ni, orang2 sekeliling pun akan terkesan jugak. Maksudnya, dengan didikan yang kita bagi tu, tak ada lah anak2 suka hati bukak fridge orang time pergi beraya kan, atau tak ingat langsung nak bersalam dengan orang bila menziarah.

Ikut aku, memang aku suka anak ramaiiiii ni. Tapi, bukan senang nak didik anak. Ada anak bukan untuk riak je tau. Sama la macam isteri. Kalau aku sorang pun, Ajak dah pening. Kalau ramai, bukan pening lagi dah, boleh pengsan. Nampak tak betapa naughty nye aku.

Emm, saat ni memang terasa nak cepat sangat ke pukul 5.30 nak balik hug Safiya kuat2 dan bagitau dia aku sayang sangat kat dia.

Tapi, tadi akak babysitter whats app bagitau yang Safiya mengadu “Mama buat, sakit” sambil tunjuk tangan.
Terus hilang rindu. Selalu mak2 yang mengadu babysitter mendera, ni karang aku pulak yang kena. Choiii. I olls sayang anak gunung2 okaay.

Selamat Hari Raya.


Monday, 6 July 2015

Suami Curang, Isteri Curang ~ Kita Komen

Scroll2 facebook, banyak isu kat Malaysia ni. Salah satu isu yang memang takkan pernah habis didebatkan adalah isu suami or isteri curang. Aku rasa ramai yang ambik port kes baru2 ni – kes kahwin enam minggu dan suami curang! Scroll2 lagi, macam2 komen mak nenek semua ada. Ala2 debat zaman sekolah dulu, Cuma tak ada winner. Sibuk beramai2 mencadang dan membangkang.

Aku geleng kepala je tengok isu2 macam ni. Tak payah komen lebih2. Doa je banyak2 jangan terkena kat diri sendiri. Ada abang kat office aku dulu, dia asyik menyumpah orang yang kahwin lebih dari satu ni. Kononnya, kahwin lebih dari satu ni gatal namanya. At the end of the day, nah! Siap mengusung dua2 bini merata-rata.

Aku dulu pun suka komen sana sini bila nampak isu2 berkait dengan hubungan lelaki dan perempuan ni. Bila dah agak dewasa ni, baru aku sedar percakapan ni tak boleh main lepas je. Contoh, nak balik rumah kan. Kena la cakap spesifik nak balik rumah. Jangan cakap, “nak balik terus”. Sebab itu kalam. Sama jugak macam bila doa mintak kerja. Jangan main harung cakap “asal dapat kerja, apa2 pun tak apa.” Seeloknya, berdoa tu biar jelas dan terang apa yang kita mahukan. Nampak?

Bukan la kata aku menyebelahi lelaki ke atau aku tak kisah, aku kisah. Aku tak nak pun bayangkan aku berkongsi kasih dengan perempuan muda bergetah liuk lentok perut tak berlipat. Tapi, kena la kawal perasaan dan percakapan. Baik suami atau isteri, ada kebaikan masing2. Tak payah nak perang gender. No point. Bila lelaki curang, perempuan pun keluarkan laser menembak mana2 patut. Bila isteri curang, lelaki pun keluarkan kereta kebal sambil serang semula.

Come on, ada jugak suami yang baik dan bertanggungjawab, sampai isteri bukan main lagi bangga canang sana sini. Ada jugak isteri yang baik, tak berapa demand dan redha dengan suami. Dalam setiap hubungan, mesti la ada lebih dan kurang ye tak? Kadang jodoh tak panjang, walau apapun la sebabnya. Kalau tak ada orang ketiga pun bila tak ada jodoh, maka tak perlula dipaksa.

All in all, tak payah la sibuk2 nak update perasaan terpendam kita di social media. Aku ada sorang kawan baik, dari kecik tau. Bila ada salah faham, dia block aku (mak aku pun sama) dan udate status panjang lebar kat facebook mendedahkan keaiban family aku. Bila kawan2 datang bertanya, habis rasa maruah aku dipijak2. Boleh je nak berbalas2 kat facebook tu tapi untuk apa? Allah adalah sebaik2 tempat kita mengadu.

Manusia hanya komen, komen, komen dan komen. Tak ada noktah dan ikut sesedap rasa. Macam kita ni terlalu sempurna!


Ihsan Mr. G

Wednesday, 17 June 2015

Dugaan dan Kekuatan ~ Berfikiran Positif!



Selamat mengantuk. In fact, aku rasa akulah orang paling mengantuk dekat office aku sekarang ni.

Beberapa minggu lepas, sedang aku memandu keseorangan lebih kurang pukul 5 petang, kereta aku, si Gandalf mati kat tengah jalan. Dalam 50 langkah ke tol Batu Tiga. Syaitonnirrojim kan. Boleh rosak time aku sorang2. Hujan lebat pulak tu. Dan, aku basah walaupun dalam kereta.

Disebabkan hujan dan kenderaan lain laju2, aku keluar, ambik kon tepi jalan letak belakang kereta sambil tunggu peronda PLUS dan tow truck Etiqa.

Masa call Ajak, nangis sendu, biasalah semua harapkan Ajak. Tapi, lepastu aku senyum, bukak handbag bawak keluar buku Sophie Kinsella dan baca.

Hohoho. Peronda PLUS datang tolak kereta ke tepi. I olls turun kibas2 kain teman abang2 peronda cek2 kereta. Habis cek, tak berjaya, so aku masuk kereta balik tunggu tow truck datang. Perut kriuk2. Lapar tau hujan2 ni. Tunggu punya tunggu, tow truck datang pukul 8.30 malam.

Nasiblah kawan aku datang. Nama kawan aku ni Azira. Masa tu, dia dari KLCC kot. Sempat sampai dalam pukul 7. Aku cakap dengan dia, sorry la susahkan kena tolong hantar balik rumah since Ajak pun tengah on the way dari KL jugak.

Cerita Azira:-

“Takpe Yan. Biar aku cerita dekat kau. Masa kat KLCC memang jam gila. Yelah, baru habis exhibition.  Aku cepat2 beratur dekat Autopay. Masa beratur tu, ada sorang akak datang mintak tolong beratur dan bayar sekali dengan aku sebab ada emergency kat hospital. So, aku takkan nak biar. Aku pun bagilah kan. Masa tu, aku kena bayar RM30. Kebetulan mesin tu taknak terima RM50 aku. Akak tu bayarkan parking aku. Katalah aku kena pergi tukar duit, mesti aku kena beratur balik which aku takkan sampai time sekarang ni pasal masa tu line memang panjang gila.

Aku duk terfikir apesal la tiba2 Allah turunkan rezeki aku parking free. Rupa2nya inilah sebabnya, supaya aku dapat tolong kau.”

So, nampak tak kat situ? Semua yang jadi ada sebab musababnya. Allah Maha Kaya. Tak semestinya orang yang kita tolong tu yang akan tolong kita balik. Atau orang yang kita aniaya tu yang akan aniaya kita balik. Walaupun kita nampak secara lahiriahnya orang tu tidak ada kepentingan pada kita, Allah adalah sebaik2 Pengatur. Allah berkuasa membolak balikkan keadaan mengikut kehendak-Nya. Pertolongan atau penganiayaan boleh jadi datang dari mereka yang tidak kita sangka.

Walaupun dilanda musibah, janganlah bersusah hati. Berfikiran positif dan bersangka baik. Fikirkan semula, kalau tak dilanda situasi A, adakah kita akan ke akibat B?

Apabila dilanda sesuatu perkara yang tidak diingini, percayalah. Allah hanya ingin mendengar kita berdoa. Allah akan tentukan pengakhirannya, tapi sebenarnya proses untuk ke pengakhiran itu yang paling berharga.

Kalau tak kerana insiden ni jugak, aku takkan buat keputusan untuk beli kereta baru. Aku nak beli tahun depan. Tapi, Allah kata aku dah bersedia. Sedia di mata Allah itu tak semestinya sedia di mata kita.

Apa saja yang datang, kuatkan hati. Allah ada bersama kita, sentiasa.

Kata Ajak, “hidup di dunia, tiada untung dan rugi. Untung di sini, rugi di sana. Rugi di sini, untung di sana. Allah Maha Mengetahui.”



                          Ihsan Mr. G


Tuesday, 2 June 2015

Tips2 Penggunaan Kad Kredit ~ bebaskan diri dari membayar interest!

Orang yang mampu pakai cash akan kata,

“Takut la pakai kad kredit. Karang shopping tak ingat”
“Buat apa pakai, selama ni pakai cash cukup je”
“Tak perlu pun pakai kad kredit. Orang yang suka berhutang je pakai kad ni”

Tapi, orang yang kesempitan cash akan kata,

“Bukan nak pakai suka2, memang terpaksa nak beli susu anak lagi, pampers lagi barang pulak meningkat mahal”
“Kalau tak pakai kad kredit, muntah darah la aku nak beli barang dapur pun tak cukup”

Okaay, entry aku kali ni mengenai tips2 pakai kad kredit. Rasanya aku tak payah promo lagi kebaikan kad kredit ni pasal bersepah2 orang cerita siap ada formula matematik lagi untuk kira rebate. Aku nampak je nombor aku terus skip. Hahaha.

Aku tak malu mengaku yang aku ada kad kredit. Boleh dapat tiket wayang free, discount makan2, rebate untuk groceries, buy 1 free 1, macam2 lagila.

Tapi, aku belum pernah bayar sebarang interest lagi untuk kad2 aku. Bukan sebab aku kaya ke hapa ya you olls. Tips2 ni aku amalkan terutamanya masa aku tak berapa nak senang dulu. Formula ni Ajak yang bagi. So, aku follow je.

Basic calculation – mesti tau statement date (tarikh penyata) dan due date (tarikh bayaran).

Contoh,

Kad A   : Statement date – 1 hb Jun 2015 ~ 1 hb Julai 2015
              Due date          -  21 Julai 2015

Kad B   : Statement date – 15 hb Jun 2015 ~ 15 hb Julai 2015
              Due date          -  4 hb Ogos 2015

**di antara statement date dan due date merupakan zon bebas interest (grace period).

Katalah bershopping kat Tesco setiap bulan. Anggaran RM700 untuk barang dapur plus barang anak. Pakailah kad A dari 1 hb hingga 15 hb Jun dan statement akan keluar pada 1 Julai. So, gaji kita cukup utk bayar expenses selama 15 hari tu guna gaji bulan Jun. Jadi takdela kita lambakkan expenses kita dalam satu kad selama sebulan.

Dari 16 Jun hingga 30 Jun pulak, bolehlah kita pakai kad B. Statement akan keluar pada 15 Julai. So, lebihan gaji bulan Jun boleh ditambah dengan sebahagian gaji bulan Julai utk buat bayaran kad B. Begitu la seterusnya bulan2 yang mendatang. 

Kadang2 kita terlalu panik bila nampak banyak penggunaan kad kredit dalam satu statement pada bulan tu. Lepastu mulalah gelisah then tak mampu nak bayar then pasrah aje.

Tapi, bila kita bahagi macam ni, memang penggunaan sama banyak cuma kita dapat monitor la. IF (if ye) katala tak cukup duit nak bayar penuh pun sekurang kurangnye interest kena kat portion yang minimum.

Cuba bayangkan bila kita ada satu kad saja dan terlebih guna utk bulan tu. Setiap org mesti ada komitmen masing2. So, apa cara sekalipun mesti nak bayar komitmen wajib dulu.

Benda yang kita lupa macam kad kredit ni walaupun nampak seperti bukan monthly commitment tapi bila sekali kita dah mula bayar interest, cukup susah utk kita kosongkan. Percayalah. Tambah2 time bujang.

“Ala guna aje. Nanti bayar je la minimum”

Perkataan tu yang akan selalu kita ucapkan nanti. 

Lepastu terdedah dengan segala macam barang2 dan produk2 yang berkenan dek hati. Akan terbit lagi satu ayat-

“Alang2 dah bayar interest, guna je dulu, cukup bulan bayar mana yang mampu"

Haa, nampak tak permainan kat situ.

Apapun, as simple as that. Terpulang pada individu. Dan pada tujuan asal menggunakan kad kredit. Kalau dah memang time mohon tu dalam hati berazam untuk jahanamkan duit atau bayar minimum asalkan bergaya mantap, jangan mimpi la tips ni dapat selamatkan korang. Ukur baju di badan sendiri okay.

Tata!

Image result for credit card

                 Ehsan Mr. Google