Orang
yang mampu pakai cash akan kata,
“Takut
la pakai kad kredit. Karang shopping tak ingat”
“Buat
apa pakai, selama ni pakai cash cukup je”
“Tak
perlu pun pakai kad kredit. Orang yang suka berhutang je pakai kad ni”
Tapi,
orang yang kesempitan cash akan kata,
“Bukan
nak pakai suka2, memang terpaksa nak beli susu anak lagi, pampers lagi barang
pulak meningkat mahal”
“Kalau
tak pakai kad kredit, muntah darah la aku nak beli barang dapur pun tak cukup”
Okaay,
entry aku kali ni mengenai tips2 pakai kad kredit. Rasanya aku tak payah promo
lagi kebaikan kad kredit ni pasal bersepah2 orang cerita siap ada formula
matematik lagi untuk kira rebate. Aku nampak je nombor aku terus skip. Hahaha.
Aku
tak malu mengaku yang aku ada kad kredit. Boleh dapat tiket wayang free,
discount makan2, rebate untuk groceries, buy 1 free 1, macam2 lagila.
Tapi,
aku belum pernah bayar sebarang interest lagi untuk kad2 aku. Bukan sebab aku
kaya ke hapa ya you olls. Tips2 ni aku amalkan terutamanya masa aku tak berapa
nak senang dulu. Formula ni Ajak yang bagi. So, aku follow je.
Basic
calculation – mesti tau statement
date (tarikh penyata) dan due date (tarikh bayaran).
Contoh,
Kad
A : Statement date – 1 hb Jun 2015 ~ 1 hb
Julai 2015
Due date - 21 Julai 2015
Kad
B : Statement
date – 15 hb Jun 2015 ~ 15 hb Julai 2015
Due date - 4
hb Ogos 2015
**di
antara statement date dan due date merupakan zon bebas interest (grace period).
Katalah bershopping kat Tesco setiap
bulan. Anggaran RM700 untuk barang dapur plus barang anak. Pakailah kad A dari
1 hb hingga 15 hb Jun dan statement akan keluar pada 1 Julai. So, gaji kita
cukup utk bayar expenses selama 15 hari tu guna gaji bulan Jun. Jadi takdela
kita lambakkan expenses kita dalam satu kad selama sebulan.
Dari 16 Jun hingga 30 Jun pulak, bolehlah
kita pakai kad B. Statement akan keluar pada 15 Julai. So, lebihan gaji bulan Jun
boleh ditambah dengan sebahagian gaji bulan Julai utk buat bayaran kad B. Begitu
la seterusnya bulan2 yang mendatang.
Kadang2 kita terlalu panik bila nampak
banyak penggunaan kad kredit dalam satu statement pada bulan tu. Lepastu
mulalah gelisah then tak mampu nak bayar then pasrah aje.
Tapi, bila kita bahagi macam ni, memang
penggunaan sama banyak cuma kita dapat monitor la. IF (if ye) katala tak cukup
duit nak bayar penuh pun sekurang kurangnye interest kena kat portion yang
minimum.
Cuba bayangkan bila kita ada satu kad saja
dan terlebih guna utk bulan tu. Setiap org mesti ada komitmen masing2. So, apa
cara sekalipun mesti nak bayar komitmen wajib dulu.
Benda yang kita lupa macam kad kredit
ni walaupun nampak seperti bukan monthly commitment tapi bila sekali kita dah mula
bayar interest, cukup susah utk kita kosongkan. Percayalah. Tambah2 time
bujang.
“Ala guna aje. Nanti bayar je la
minimum”
Perkataan tu yang akan selalu kita
ucapkan nanti.
Lepastu terdedah dengan segala macam
barang2 dan produk2 yang berkenan dek hati. Akan terbit lagi satu ayat-
“Alang2 dah bayar interest, guna je
dulu, cukup bulan bayar mana yang mampu"
Haa, nampak tak permainan kat situ.
Apapun, as simple as that. Terpulang
pada individu. Dan pada tujuan asal menggunakan kad kredit. Kalau dah memang
time mohon tu dalam hati berazam untuk jahanamkan duit atau bayar minimum
asalkan bergaya mantap, jangan mimpi la tips ni dapat selamatkan korang. Ukur
baju di badan sendiri okay.
Tata!
Ehsan Mr. Google
No comments:
Post a Comment