Aku terpanggil untuk bercerita
mengenai gadis M, kawan yang agak rapat masa sekolah menengah dulu. Untuk
pengenalan, si M ni kekurangan oksigen semasa lahirnya maka agak lembab
sedikit. Badannya agak berisi, kulitnya putih, dan dia memang suka ketawa
berdekah2. Aku selalu rasa nak sepak bertubi2 bila dia ketawa tak kena masa. (-_-‘).
Aku sempat bersama dengan si M
sampai Form 3 je. Lepastu aku ke Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan. Tapi,
masih berhubung. Nak dijadikan cerita, ada sekali ni, aku balik kampung. Kami
berkumpul dekat rumah kawan aku dan dia pun sampai dengan “mountain bike”
birunya. Aku lihat mukanya sugul. “Kenapa ni?” tanyaku. “Si N ajak aku pergi
padang depan”. “Buat apa?” tanyaku lagi. “Si N suruh aku buka seluar, suruh
aku….. suruh aku………”. Aku rasa tak perlu aku explain lagi. Aku pun taknak ingat
pasal jijik bebeno bunyinya. Yang penting, si M kehilangan daranya. Aku dan
kawan aku tercengang. Yelah, masa tu baru Form 4. Apalah yang kami tahu.
Boyfriend pun takde lagi. Kata si M, “sakit sangat!”.
Kemudian, si M dijual si N
pada kawan2nya. Diangkut ke sana ke sini. Sampaikan emak si M pernah mintak aku
kurung si M. Benar, kerana kesiankan si M dan benci dengan perangai jantan
durjana seperti si N, maka aku bawak si N tinggal bersama aku. Tapi, si M lari
masa aku bawak dia pergi jalan2 kat Tesco mengikut kata si N untuk tidur dengan
jantan lain. Naik bukan motor kapcai, naik Honda! Bukan tak mampu melempiaskan
nafsu dengan orang yang lebih normal kan.
Lama-kelamaan, si M menjadi
ketagih. Banyak kisah buruk hinggap di telinga aku. Aku juga dapat tau yang si
M ke KL untuk mencari si N tapi ditipu sampai dirogol 7 orang lelaki bergilir2.
Dah jadi kes polis. Dan dah diupload jadi video. Meremang bulu roma aku bila
aku sempat berjumpa si M untuk ulang dengar cerita si M. Masyaallah!
Tapi, si M masih tak serik.
Aku baca semua message2 si M dengan si N. Si N asyik bermanis mulut dan katanya
rindu pada si M. Tapi, diakhiri dengan message mintak si M masukkan duit dalam
akaun. Katanya lagi, kalau rindu masukkan la duit boleh N balik kampung jumpa
M.
Begitulah seterusnya. Bila
nakkan sesuatu, si N datang. Bila taknak, si M dibuang.
Pernah satu hari masa aku
balik bercuti hujung minggu, dalam hujan lebat, si M bagi salam. Terkejut
dengan keadaan si M yang basah dan menggigil. Kata M, “M pergi rumah N jalan
kaki, tapi N halau M.” Aku nasihatkan si M supaya mulakan hidup baru dan jangan
lagi mengenang si N yang merosakkan hidupnya. Si M hanya membisu.
Akhirnya, aku dapat tau, si M
dapat HIV. Biar betul! Tapi, aku dan kawan aku nekad nak menziarah si M.
Kononnya, mungkin umur si M tak panjang. Kawan aku ni pulak, nurse. Yakin la
kan. Bila sampai, aku lihat badan si M dah penuh dengan luka2 berair. Kencing
manis pulak lagi. Maaf la M, aku tak minum air yang kau buat. (T T). Emak si M
peluk aku dan katakan dia dah dipulaukan orang2 kat situ sebab penyakit
anaknya. Aku turut menangis. Hati seorang emak.
Lama….aku putus hubungan
dengan M. Tiada khabar berita hinggalah satu hari pada tahun ni, si M add aku
di facebook. Aku terima. Dan, aku bagi nombor aku pada si M. Hari2, ya hari2,
si M tak berhenti2 message aku. Katanya dia dah kahwin tapi asyik dipukul
suami. Kena halau rumah dan sebagainya. Bila aku perhatikan, si M cuba mencarik
jalan untuk sampai ke rumah aku. Dan, dek kerana seharian si M asyik message
aku benda yang bukan2, aku terpaksa la block si M. Maafkan aku M.
Rupa2nya, baru aku tau, si M
dah berkahwin dengan abangnya yang Orang Kelainan Upaya cacat pendengaran. Dan,
abangnya tu abang angkat. Mati2 aku ingat abang kandung sebab dijaganya si M ni
macam adik sendiri.
Baru2 ni memang kecoh si M
guna profile picture si N dekat facebook. Sekali pandang, memang sakit jiwa.
Tapi, sebagai manusia dan seorang perempuan, aku faham perasaan si N. Dia tertekan.
Walaupun keadaan mentalnya tak stabil, dia ada hati dan perasaan. Cerita aku
bukan untuk aibkan si M sebab hampir semua kami2 yang tau cerita si M. Kita
kena ingat, baik buruk yang kita lakukan tu pilihan kita sendiri. Bagi aku, apa
yang si M nak dari si N hanya perkataan MAAF. Sekurang2nya, bertanggungjawab
atas apa yang kita mulakan. Setiap kita melakukan kesilapan. Begitu jugak aku. Jadi,
takkan kau nak tunggu dia mati jadi hantu dan pergi cekik kau macam dalam
drama. Come on!
Aku harap kalau cerita ni sampai pada si N, sudah2 la menghina si M. Kita sedang menganiaya seorang wanita, dan seorang yang tak punya pemikiran normal macam kita. Just say sorry to her for all that you have done. Jangan kita menyesal kemudian hari bila dia dah pergi.
Pada si M, aku tau kau baca ni M. Biar mereka tau apa yang kau nak sebenarnya. Setelah tu, maafkan la dia. Aku tau memang seksa. Tapi lupakan la dia. Kerana mengingati dia hanya akan menyeksa jiwa kau M. Aku doakan kau mampu pulih dari kemurungan dan dikurniakan Allah kekuatan mengharungi hari2 yang mendatang. Amin. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment