Thursday, 28 May 2015

Jodoh dan Putus Cinta ~ Mengimbau Kembali Masa Lampau

Kejap. Nangis dulu. Sebab cerita cinta. Mestilah touching2 sikit. Ambil tisu lap2. Mata bengkak.

Jodoh. Bila bercakap soal jodoh, percayalah. Allah yang tentukan. Cuba kenang2 balik kisah cinta korang. Takkan masa korang darjah 6 korang dah boleh agak korang kawin dengan engineer ka, doktor ka, lawyer ka, majistret ka, ahli muzik ka. Tak kan?

Aku dulu, comel. Dululah. Pernah bercinta. For so many years. Sampai zaman study di uitm, final semester, putus. Konon2 pada saat tu, terasa bagai kaca terhempas ke batu. Punah jiwa ragaku. Bukanlah senang nak mula balik dan nak kenal balik dengan lelaki lain.

Aku buat chambering bulan Julai 2011. Setelah bulan2 berlalu, ada juga kenal2 dengan lelaki lain. Dan si beruang kutub yang tinggalkan aku masa final semester ni datang kembali. Hatiku bolak-balik. Aku fikir cara terbaik adalah buat solat istikharah. Mohon pada Allah atas petunjuk-Nya.

Jadi, pada satu pagi ni, aku bangun dengan penuh semangat pakai cantik2 pergi pejabat dan tak sabar2 tunggu malam. Aku buat keputusan untuk solat istikharah.

Tidur…….bangun dah Subuh. Rupanya belum berhasil. Yelah, baru sekali buat. Hahaha. Kecewa sedikit.

Pada malam ketiga, aku bermimpi. Aku bermimpi aku ke pejabat. Pejabat kosong. Aku terjaga. Berpeluh2. Dahi berkerut. Mana bayangan si dia yang aku tunggu?

Esoknya, aku bermimpi lagi. Aku mimpikan satu kedai makan ni dan Kak Fina (akak dekat pejabat aku) dengan mama dan ayahnya. Aku terjaga lagi. Berpeluh2. Dahi berkerut. Ni sepertinya bukan lagi bayangan yang aku tunggu.

Selang beberapa hari, akhirnya aku mimpikan bayangan si dia. Bayangan Ajak. Hoiii. Kali ni bukan berpeluh lagi dah. Aku terus bangun ambil wuduk solat sunat nangis2. Ajak ni mamat kat pejabat aku tu. Adik Kak Fina. Ikut mana pulak la Ajak nak jadi suami aku. Cakap pun jarang2.

Tapi, itulah keajaiban dan ketentuan Allah. Ada saja jalannya aku dipertemukan dengan kekasih hati. Bulan Julai 2011 aku mula chambering, bulan December 2011 merisik, bulan February 2012 bertunang dan Raya Haji Oktober 2012 berkahwin. 

See, tak semestinya kita bercinta lama2 dengan orang tu Allah kahwinkan kita dengan orang tu juga. Dan tak semestinya konon2 kita serasi dengan orang tu kita patut berkahwin dengan orang tu juga. Allah Maha Mengetahui. Jodoh dalam perkahwinan tu sudah ditetapkan, dan yang paling sesuai untuk kita sebenarnya. 

Cuma masa persiapan kahwin memang havoc la berperang pasal kami memang buat sendiri semua benda plus masa tu lah nak kenal hati budi. Banyak la peluang nak bertekak. Dan walaupun begitu, kami tak ada honeymoon phase kentut wangi bagai. Terus jump dekat part kenal hati budi. Masa tu pulak bunting pelamin. Hormon tak stabil. Alasannn untuk aku jadi singa. Hehohuihi.

Dah nak masuk tiga tahun kami kahwin. Dugaan memang banyak. Tapi, Alhamdulillah. Aku yakin dengan pilihan Allah. Begitu banyak kelebihan Ajak yang boleh melengkapi kekurangan aku. (T T)

Bila difikirkan balik, mak aihhh tak sangka dapat suami handsome. Kah kah kah (ketawa jahat).

Nah~lagu untuk kesayangan. I turn to you by Christina Aguilera.


When I'm lost in the rain,
In your eyes I know I'll find the light
To light my way.
And when I'm scared,
And losing ground,
When my world is going crazy,
You can turn it all around.
And when I'm down you're there
- pushing me to the top.
You're always there,
giving me all you've got.
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
When I lose the will to win,
I just reach for you and
I can reach the sky again.
I can do anything
'Cause your love is so amazing,
'Cause your love inspires me.
And when I need a friend,
You're always on my side
Giving me faith
taking me through the night
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
For the arms to be my shelter
through all the rain,
For truth that will never change,
For someone to lean on,
For a heart I can rely on through anything,
For that one who I can run to...
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
For a shield from the storm,
For a friend, for a love
to keep me safe and warm
I turn to you.
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
I turn to you...

Tuesday, 26 May 2015

Anak, Demam Tarik (Sawan), Doktor dan Hospital Klang

Sebagai ibu dan bapa, memang terlampau luas ilmu yang kita kena pelajari untuk menjadi ibu bapa yang terbaik. Kadang2 tak semestinya melalui bacaan tetapi juga melalui pengalaman. Tambah2 anak pertama. Terkedu2 dibuatnya.

So, parents, please read this. Aku nak share pengalaman aku (ngilu gigi bila cerita) pasal anak kena demam sawan. Demam sawan ye, bukan sawan babi ke ape. Demam sawan ni maksudnya sawan atau tarik tu terjadi bila anak demam. Tapi bahaya lagi kalau tak demam pun kena sawan. Tu memang doktor akan cek dengan lebih lanjut. Yang aku nak cerita ni anak aku kena demam yang mengakibatkan sawan atau tarik. Jelas? Okaay. Jadi, kita mulakan penjelajahan cerita aku ni.

Ahad, Safiya demam. Isnin aku bawak pergi klinik. Aku ambik cuti. Safiya mandi, makan ubat, makan nasik dengan sup sikit tengahari dan tidur. Bangun dari tidur, main2 aktif macam biasa aku bawak Safiya keluar. Dalam pukul 6 petang, aku dengan husband nak pergi 99 Speedmart. Aku fikir nak beli spaghetti pasal Safiya memang suka makan spaghetti. 99 Speedmart memang betul2 sebelah klinik.

Part ni memang aku tak boleh lupa. Aku nak bawak Safiya turun. Selalu bila aku panggil, dia memang excited nak turun. Tapi, dia diam. Aku panggil Safiya banyak kali. Pucat. Bola mata tak gerak langsung. Aku panic. Bagi kat Ajak dan tanya, “kenapa dengan Safiya ni??!”. Since Ajak susah nak turun dari tempat driver, dia suruh aku lari bawak Safiya masuk klinik cepat2. Sambil lari sambil nangis, sambil jerit. Macam meroyan pulak. Lutut dah lemah. Nak jatuh2 aku dibuatnya. Kalau Ajak tak ada masa tu, aku ingat mesti aku pengsan dulu. Hahaha. Ajak kata air liur Safiya dah meleleh2.

Masuk je klinik, memang ramai orang. Yelah, nurse takkan suruh tunggu pulak kan. Terus bawak jumpa doktor. Aku tak cakap apa2. Serabut. Terus doktor suruh baringkan Safiya. Aku tengok Safiya diam lagi. Bola mata masih tak gerak. Dengan pantas, doktor cek suhu sambil angguk2, doktor bukakkan baju, ngiringkan dia, bukak aircond kuat2, sejukkan kepala dan badan dengan air sejuk. Masukkan ubat bontot. Panggil2 nama Safiya supaya sedar.

Parents, biasalah, time2 panic macam ni macam2 ayat keluar, contoh pendekkanlah nyawa aku sikit dan selamatkanlah anak aku, dah cukup ke aku jaga dia selama ni, aku selalu bebel kat dia dan macam2 la. Selebihnya doa. Manalah tak sedih, terberak2 buang air besar (buang panas dalam badan), lepastu Safiya pun nangis. Aku dah sentimental kat situ. Sibuk pegang kaki dia sambil jerit2. Siap terhantuk pulak kat kabinet sebelah katil tu. Ajak pun tak terkata. Bertakung air mata. Dah macam wartawan aku tanya doktor macam2. Doktor kata nilah demam tarik. Laa. Aku cuba2 korek maklumat dalam memori aku ni, ada tak aku baca mengenai demam tarik. Pergh! Sadly, aku ada baca sekali lalu tapi kosong berlalu pergi. Aku tak pernah baca dengan teliti pasal demam tarik ni!! Menyesal2.

Doktor dah mintak nurse callkan ambulan awal2 tadi. Since yang paling dekat dengan klinik tu Hospital Klang, aku gagahkan jua. Bukanlah pasal apa, aku dengar ada orang masuk hidup, keluar meninggal la pulak. Hahaha. Mungkin hospital tu crowded ke hapa ke taktau la. Aku tengok Safiya dah ok. Cuma dia sejuk. Ambulan pun datang dengan dua jejaka tak berapa handsome tapi baik. Macam2 aku tanya dalam ambulan. Jawab je la kan. Boleh pulak jalan jam. Safiya aku tgk semi-conscious. Penat mungkin. Terus masuk emergency room.

Part ni aku nyampah. Suruh aku duduk kat luar pulak. Daftar la apa semua, aku tunggu dengan Ajak kat ruang menunggu. Aku dengar suara Safiya jerit punyalah kuat. Nurse tak bagi masuk. Hish. Apa la diaorang buat. Memang doa je la yang aku mampu. Seriously.

Bila aku dapat masuk setelah berjam2, aku tengok Safiya tengah tidur. Nak luluh jantung. Selirat pulak wayar2 ni. Dengan pakai pampers je. Pakar pun datang. Banyak soal jawab. Manalah aku nak ingat sangat. Yang simple2 tu boleh la. Kalau tanya details, baik aku je yang jadi doktor. Asyik tanya ada tak bola mata dia ke atas. Aku cakap tak ada, tanya lagi sepuluh kali.

Safiya bangun. Blur. Dah tu, nangis. Aku dah risau balik. Haih. Aku dengan Ajak panggil2 Safiya tak jawab, asyik nangis. Aku dengan Ajak panggil2 lagi, pun dia tak pandang juga. Aku pandang pakar. Pakar kata kami tak boleh jamin apa2. Demam tarik boleh sebabkan bola mata tak berfungsi dengan baik. Lepastu entah apa pakar explain dalam medical terms siap ada electricity charges tak release dan banyak lagi terms kepala hotak dia aku nak paham.

Tak lama lepas tu, Safiya sedar sepenuhnya. Safiya panggil Mama, Safiya panggil Daddy. Aku lihat bola mata Safiya normal. Alhamdulillah. Perkara pertama, Safiya tunjuk beg biru, korek2, rupa2nya nak makan biskut cicah air. Mata bertakung lagi. Sampai lima keping biskut. Aku susukan Safiya. Aku tau dia rasa selamat bila aku susukan dia. Tangan yang kecil dan sejuk tu pegang jari2 aku kuat2.

Dah kenyang dan menyusu, tidur balik. Aku pergi makan kat café. Yelah, kalau aku tak makan kurang la khasiat susu aku. Hihi. Bile aku balik ke emergency room, nurse pun marah sebab tak ada orang tunggu. Katanya,

“Puan, jangan tinggalkan Safiya ni sorang2. Susah kami nak bagitau apa2.”

Aku pun balas,

“Dah memang saya sorang ni. Suami saya balik rumah. Saya cakap jumpa esok je”.

Nurse balas,

“Bukan. Tadi saya nampak ada tiga orang baju putih bersih berdiri tegap keliling Safiya. Saya ingatkan ahli keluarga. Baru sekejap tadi, agaknya Puan on the way dari café.”

Dah pulak. Krik krik krik. Masing2 diam. Err. Okaaaaay. Aku pun cepat2 tukar topik. Masa perjalanan nak ke wad tu, sunyi sepi je. Melayan perasaan sendiri la kot sambil aku pun melayan bau ketiak tak mandi lagi berkejar sana sini.

Perasaan pertama aku  tengok keadaan wad, aku rasa nak pengsan. Penuh yang amat. Aku dapat katil extra yang letak kat tengah2 tanpa kabinet tu. Katil baby. Ade kerusi je untuk peneman. Duk terfikir susahnya nak menyusu. Kami berdua dah penat. Sepanjang malam, beberapa kali doktor dan pakar datang nak cek Safiya. Ketuk2 kaki, ketuk2 tangan, cek2 mata sama ada bola mata berfungsi dengan baik ke tak. Barulah aku tau patut la risau sangat, rupa2nya yang Safiya jerit tu dia kena tarik lagi kali kedua dalam emergency room. Aku tak dimaklumkan. Bila aku tanya sebabnya, doktor dan pakar berdiam diri. Aku pasti tak ada sesiapa attend Safiya, dibiarkan agak lama atas katil sorang2. Aku diamkan. Kemudian saja aku fikir nak mengadu ataupun tidak.

Alhamdulillah Safiya sihat, sangat. Mana taknya, dia nak berjalan pukul 3, 4 pagi berlari, bermain. Aku dengan mata panda, berpeluh ketiak, muka berkilat, dukung la anak aku yang berbelas2 kilo ni keliling wad. Selipar Safiya tak bawak. Kesian aku tengok orang lain nak tido. Sudahnya, bila sembang dengan ramai parents esoknya tu, mereka gelarkan Safiya “Budak Yang Aktif”. (T T).

Sekali dah pagi, pakar cek Safiya dan maklumkan aku yang Safiya memang normal, dah pulih. Nak dijadikan cerita, masa bincang dengan doktor dan pakar, Safiya yang aktif tu jatuh katil la pulak. Gedebuk. Nurse dengan kurang ajarnya sound tepek aku depan orang ramai “Tolong la mak2 tengok sikit anak tu. Jaga anak betul2.” Lepastu terus pergi kaunter cakap dekat mikrofon sound mak bapak suruh jaga anak baik2.

Haaaaa. Ni memang buat aku bengang. Aku jeritkan kat dia sambil meleleh2 air mata ni,

“Hoii, siapa nak anak jatuh katil ha?! Aku ni dah la stress satu hari tak tido, sedih anak sakit, berjaga duduk atas kerusi, kau tak boleh layan baik sikit ke? Aku belum sound lagi orang tak attend anak aku semalam sampai dia kena attack lagi sekali”.

Drama tu. Parents yang lain menyokong. Bahasa biar indah. Sampai doktor dan pakar mintak maaf dan cakap baik2 lepastu. Nurse datang tarik tangan aku dan mintak maaf. Ajak dengan aku mintak keluar hospital time2 tu juga. Nak tak nak lepas buat laporan, kena la bagi aku keluar juga memandangkan Safiya pun dah tak demam lagi.

Esoknya tu aku pergi KPJ Shah Alam. Jumpa dengan Dr. Zaini. Kat situ barulah aku tau banyak benda. Dalam layman terms.

“Rupa2nya demam tarik ni tak semestinya berlaku waktu suhu terlalu tinggi. Ada banyak faktor sebenarnya. Genetik ke, aktif ke, charges ke, yang penting parents kena tau bila anak demam, buatlah apa pun yang dapat turunkan suhu anak. Tradisional ke, modern ke, mesti pastikan bila demam turunkan suhu anak. Apabila anak demam sampai kena tarik, jangan la sibuk nak angkut sana sini Cuma baringkan anak, buka baju supaya haba keluar, iringkan anak supaya anak tak tersedak masa air liur keluar. Sejukkan badan anak dengan kain basah. Lepastu dia akan tidur sekejap dan bangun balik. Bawak la ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Ingat, jangan masukkan sudu dalam mulut anak, jari ke, dek alasan takut dia tergigit lidah sebab kalau gigit benda lain, akan lebih memudaratkan." 

Aku jenguk lidah Safiya okay je. Gigit sikit je. Dan u olls, jangan sibuk2 fikir budak kalau kena demam tarik ni dah cacat ke whatsoever. Semua bayi atau kanak2 sama saja. Mereka tidak tahan dengan suhu panas. Jangan nak pandai2 kata,

“Haaaa, kena lagi tu lepasni”.

Berfikiran mesti positif. Apa2 sakit pun rawat puncanya.

Bila tanya dengan kawan2 office, ramai juga yang anak kena demam tarik ni sekali seumur hidup dan mostly anak2 yang sangat aktif. Logiknya time demam ni kan, suhu panas. Bila aktif bermain lagilah panas kan. Jadi, apa aku buat setiap kali Safiya dedar aku lumur dengan air asam jawa or sejukkan dia dengan kain basah. Mesti mandi.

Dan juga, pada yang bekerja dengan hospital kerajaan tu, aku bukanlah nak merendahkan hospital kerajaan. Masa Safiya jaundice dulu pun aku masuk je Hospital Sungai Buloh. Makanan sedap. 

Cuma kesian. Terlalu penuh. Dah la wad memang penuh dengan kanak2 macam2 penyakit, paru2 masuk air, demam panas berpanjangan, even keliling aku penuh dengan anak2 yang kena demam tarik akibat cuaca yang terlalu panas. Tak ada parents yang nak anak masuk hospital. Ataupun duduk melangut atas kerusi sepanjang malam tanpa sebab.

Mentang2 kebanyakan konon2nya datang dari golongan pertengahan, dilayan dengan buruk sambil perli2. Aku dapat layanan yang baik sikit pun sebab pekerjaan aku. Lagi satu contoh, banyak katil extra yang tak ada meja letak makanan jadi terpaksa la letak atas lantai. Bukan nak cakap baik2, dikatanya pulak menyusahkan dan patut hantar sendiri pergi pantry. Amboiii2. Ada lagi macam2 kes salah urat la sampai anak duk ngadu “sakit Ayah, sakit!”.

Bagi doktor2 pulak, tau yang korang doktor, belajar susah payah berkaitan perubatan. Tapi, kami ni orang biasa. Cuba la belajar nak explain dalam layman terms. Kami duk nganga la macam orang bodoh. Tu kami tu yang ada la jugak pelajaran sikit. Kalau pakcik makcik atuk nenek yang dari kampung tu tak ke haru biru dibuatnya. Lepastu sebagai parents memang kami tau emergency room tu penuh macam sardin, kot sampai tertinggal anak kami unattended tapi, bagitau la apa yang jadi. Parents berhak tau.

Tak ada la semestinya kami nak saman or nak complaint je. Kalau masing2 dah deliver yang terbaik, tak adalah nak hambur tak tentu pasal.

Berterima kasih juga pada doktor Klinik Kumar dekat Taman Sri Andalas, Klang. Efficient. Tangkas. Asistant pun baik2. Tak minta bayaran (jadi kami belikan KFC). Yang aku respect, walaupun doktor berlainan bangsa dan agama memang berusaha sedaya upaya selamatkan Safiya. Memang doktor ni pun bagus cuma klinik dia sentiasa penuh, malas aku nak tunggu. Hahaha. Kami selalu pergi Klinik Zailina dekat Taman Sri Andalas, Klang juga pasal doktornya pun bagus. Explanation senang faham. Layanan best. Kadang soalan tak berkaitan pun aku selalu tanya weh. 

By the way, memang Hospital Klang ni disisihkan ke semenjak nak naik Hospital Shah Alam yang gah tu? Oopppsss!!


Ps: Ni pendapat aku je. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Okies.

Tuesday, 19 May 2015

Beli Rumah Lepas Enam Bulan Bekerja, nak Woww ke nak Weew??

Siapa2 yang sokong dan kagum setulus hati tu tak payah la baca post aku ni. Aku bukanlah dengki ke hapa, atau taknak sokong Melayu ke whatsoever.

Aku baca post si dia ni, then aku scroll baca komen2 semua. Dari sudut positif, memang bagusla kan kau dapat beli rumah lepas enam bulan kau kerja. Good job. Well done. Dan memang patut la kau dapat beli pun, pasal kau kerja government, jawatan bagus, rumah kau nak invest je, kau bujang, kau memang ada kereta dan kau macam2 lagilah. Siap tolak lamaran lagi. Kira kalau kau tak dapat beli rumah, memang kau ni asam boii la weh.

Cuba baca komen2 orang lain tu. Kerja kilang, gaji tak seberapa, pergi kerja naik bas, anak2 ramai, berjimat cermat bagai, beli rumah semata2 nak jadi tempat berteduh. (T T) Sedih tau.

Cerita aku pun boleh jadi viral jugak la kan? Pasal aku pun beli rumah tak sampai setahun aku kerja. Duit dah habis kawin bulan 10. Terus pregnant. Masa bawak perut tu la aku beli rumah dengan Ajak. Masa tu kerja tak stabil lagi. First job la katakan. Carik rumah sewa, mahal. (T T). Yelah, mau2 RM500 kena ada kat tangan untuk bayar sewa kat Selangor ni.

Punya jenuh carik, Ajak cadangkan beli rumah. Kalau boleh, landed. Call sana call sini. Survey sana survey sini. Harga rumah memang tinggi. Jumpa yang berkenan, Alhamdulillah. Dah kena fikir macam mana nak bayar down payment. Nasib baik duit keruk orang bagi time majlis kawin tak pernah pakai langsung. Dapat la menyumbang. Dan nasib baik jugak loan rumah lulus sebab masing2 tak ada hutang. 

Masa tu barulah hidup bermula. Dengan Safiya dalam perut, hari2 tak pernah miss bawak bekal. Company aku dulu tak ada pantry nak makan. Duduk dalam store makan bekal atas lantai. Part yang paling sedih, hari2 kami makan telur. Dan ada duit lebih, makan sayur sebab aku pregnant. Telur masak kicap telur masak sos, telur masak sambal, telur masak kari, telur bungkus, semua resipi kat Google aku try.

Sampai  uncle jual telur yang kat pasar malam tu pun kenal pasal kami beli satu papan setiap kali datang. Belum kira nasik pun bercatu. Tapi aku selalu dapat makan nasik lebih pasal Ajak tau aku pregnant. Kesian suami aku.

Orang lain bermewah2. Kami tiap2 bulan bukak buku dan tulis budget. Mesti disiplin. Walaupun sedikit susah, Ajak akan pastikan kami tak buat hutang kad kredit. 

Orang mengata lauk aku. Sebab aku mengandung takkan la hari2 makan telur. Aku tak peduli. Orang mengata nasik aku makan sampai licin. Aku tak peduli. Aku berdoa hari2 yang Safiya mesti kuat. Aku fikir positif. Allah ada. Apa yang aku nak takutkan?

Beli barang kehendak  jauh sekali. Cuma persiapan untuk kehadiran Safiya. Tengok wayang, makan luar, jalan2 semua kami korbankan. In fact, masa nak keluar tengok barang Safiya, makan siap2 kat rumah dulu. 

Apa yang orang asyik cakap (especially ada la kawan2 tu kan), “Takpe la, korang dah ada rumah.” Cerita sikit, cakap macam tu, cerita sikit cakap macam tu. Come on. Nak dapatkan sesuatu, kena korbankan sesuatu. Ada orang memang mak ayah dah bagi rumah. Untung la. Untuk kita yang kena usaha sendiri ni, adalah sesuatu yang berbeza. Jangan takut untuk hidup susah untuk dapatkan sesuatu.

Aku bersyukur sangat2. Sekarang ni kehidupan pun dah banyak berubah. Kerjaya pun masing2 dah stabil. Dapat berjalan, dapat bercuti, makan sedap2 sekali sekala, beli barang yang berkualiti sekali sekala, beli mainan Safiya. Cuma dok pakai kereta buruk lagi. Hujan lebat, basah lencun. Tapi, kami ketawa je. In Sha Allah, ada rezeki bolehla beli nanti.

Sampai sekarang, Ajak masih mintak bawakkan bekal. Siap upgrade pakai mangkuk tingkat zebra tu. Haha. Cuma ada la time2 bangun lambat tak sempat nak masak. Makan pun kalau boleh, mesti habiskan. Jangan membazir makanan. Time anak dara selalu tak habiskan makanan. Sekarang kalau buat, memang tazkirah panjang la Ajak. Katanya, kita kena hargai apa yang kita ada. Tak semestinya dah senang sikit, kita lupakan perkara2 baik yang kita amalkan dulu.

Bersyukur dapat bertahan. Kuatkan semangat. Pedulikan kata orang. Masing2 ada impian dan pilihan. Kami memilih untuk ada rumah tempat berteduh. Ada ramai lagi yang lebih susah. Jadi, kalau mampu dan berkesempatan, belilah rumah dulu. Korbankan sedikit kemewahan untuk kesenangan masa hadapan. 

Ada sinar. Allah Maha Mengetahui.



                                                                   Gambar hiasan

Lemang, Rendang, Hotel Royal Penang dan Hotel Syuen/Syeun Ipoh

Pagi tadi makan lemang. Sedap dan berlemak. Cuma takde rendang. Dari suapan pertama sampailah habis, aku asyik terbayang rendang daging. Korang tak rase terliur ke dapat makan lemang, rendang dengan daging lembut kenyal2 sikit. Pergh!


Tapi, tu intro je okay. Memandangkan raya pun nak dekat kan. Mengimbau la rase lemang sikit. Ingat lagi tak kisah Maniam? Kali ni aku nak cerita pengalaman aku tido dekat Hotel Royal Penang dan Hotel Syuen Ipoh. Aku pergi mase cuti Hari Pekerja dengan Hari Wesak haritu.

Hotel Royal Penang
Price per night ~ RM185
Superior room
Twin bed

Aku pergi memang dgn niat nak goyang kaki lepak2 menenangkan minda. Dari Selangor aku lalu jalan dalam ke Taiping dan keluar masuk highway pergi Penang. Lalu jambatan baru. Mase lalu tu nak Maghrib so pemandangan agak cantik.

Sampai hotel lambat. Sob3. Nasib dah booked online kan. Lagipun mase aku check-in tu sampai tiga orang tanya ade kosong lagi ke tak. Parking agak kecik. Barang pulak macam nak duduk setahun. (T T). 

Masuk je bilik, Safiya terloncat2 berlari2 excited. Panjat katil macam Supergirl. Ajak pesan kena la pagar bilik dulu supaya tak kena kacau. Bilik air banyak cermin. Aku tak suke tu. Haih.

Malam tu aku pun tido. Tak lena pun. Pasal takut hantu. Hahaha. Biasala, bile badan penat, rase kena tindih la ape la, tapi sebenarnye perasaan je tu. Hantu pun lalu lalang depan bilik tak singgah pun tanye kabar. Mungkin hantu pun ade aktiviti die sendiri malam2 kan.

Bangun pagi dengan perasaan seronok. Yeay! No ghost. Takde Maniam. Pergi breakfast. Boleh tahan la. Nasik lemak biasa aje. Dan biasa jugak la makanan ditumpahkan dek Safiya.

Bawak Safiya tengok swimming pool. Dah terbayang best jugak kalau mandi kat swimming pool tapi frust pasal kecik sangat. Yang temankan anak2 semua bapak2 yang size pun bukan calang2. Give up naik bilik tido. Check out pukul 1.

Lepastu pergi makan dekat Nasi Kandar Beratur. Kesian Safiya pedas tak boleh makan kari. Beli jeruk. Beli baju Penang buat kenangan (padahal dah banyak kali datang). Makan abc kat Jalan Abu Siti.

Overall, average la hotel ni. Boleh kalau nak tido sini tapi bukan untuk rehat2, lepak2, menikmati pemandangan cantik or mandi swimming pool. Dalam rate 10, aku bagi 5 je. So~so.

Cuma aku seronok pasal dapat bawak Safiya naik feri ke seberang.

Gambar2 hotel yang aku ambik dari Mr. G-





Hotel Syuen/Syeun Ipoh
Price per night ~ RM218
Deluxe room
King bed

Lepas dah balik dari Penang, kami ke Ipoh pulak. Pun nak tenangkan minda sambil jumpa family terdekat.

Sebelum check-in, kami pergi Kedai Mee Kari Mat Jasak. Kedai ni terkenal sebab mee kari memang umph!!

Check out the photo-



Tapi, kami sampai malam dalam hujan gerimis. Aku berlari2 pergi order tapi dah habis. (T T). Dapat yang goreng2 je (which is sedap jugak). Sebab dah geram, aku beli mee goreng, kueh teow goreng dan bihun goreng, Tapau milo ais jugak. Sedap2.

Sampai hotel lambat. Mentang2 dah booked online kan. Okaay. Sampai je lobi, Safiya cakap “Cantik, cantik”. Memang hotel ni klasik dan cantik. Kalau nak cuci mata or tangkap gambar, memang sesuai. Tapi, aku kalau dah lemau camtu, tunggu esok je la. Rugi weh pasal gambar malam lagi cantik.

Masuk bilik, macam biasa pagar dulu ape yang patut. Yang hangin towel room service lupa nak letak. Lama aku tunggu sebab takde towel. Bilik die open concept. Macam Ajak yang suka punggah2 tengok belakang almari takut tertinggal barang, memang sesuai sangat la. Hahaha. Tak payah susah payah lagi. Cuma hati2 dengan tingkap pasal takde grill. Otak aku mase tu melayang terbayang2 kalau ade orang bunuh diri dari atas ni. Siap warning “Do not open the window at all”. Ish2.

Malam tu tido okay je. Pasal aku penat sangat. Whatever la kan aku cakap dengan hantu2 yang lepak dengar live band kat situ.

Bangun pagi pergi breakfast. Menu same aje macam kat Penang. Nasik lemak. Safiya nampak macam tak suke. Makan sikit2 je.

Swimming pool pun kecik. Tak guna jugak bawak swimming suit Safiya. Naik bilik, tido. Asyik tido je kami ni. Hahaha.

Overall, hotel ni cantik. Bilik pun simple dan kemas. Senang carik barang hilang. Sesuai nak bersantai tapi bukan untuk swimming golek2. Ade kemungkinan boleh datang balik. Dalam rate 10, aku bagi 6.





Coming soon ~ Melaka, here I come. Harap takde hantu. Hahahaha. Ketawa besar.

Monday, 11 May 2015

Giving birth to my precious Little Safiya

Aku memang lambat umumkan ketibaan Safiya. Bukan aku tak excited, tapi sekali sekala nak rasa macam artis, kawan-kawan asyik nak tengok gambar Safiya. Sama ada Safiya ikut mata redup daddy atau mata sepet mama, bulu mata lentik daddy atau bulu mata pendek mama, hidung mancung daddy atau hidung kecik mama, uish, macam menghina diri sendiri pulak. Sudah la tu.
Baik, berbalik pada pengalaman aku nak bersalinkan Safiya, sepatutnya Safiya lahir pada bulan Syawal, setelah aku makan berkilo pulut rendang, kuih-muih, air oren dan sebagainya. Tapi, ditakdirkan Safiya kurang gerak pada 01 Ogos hari tu. Doktor nasihatkan aku di ‘induce’ memandangkan dah 39 minggu pun. Jadi, aku walaupun agak frust tak dapat makan rendang tapi aku lebih risaukan Safiya. Lagipun, aku dah tak sabar nak tengok Safiya secara nyata.
Bermulalah episod drama Sinetron. Dr. Siti, doktor yang akan menyambut kelahiran Safiya masukkan sejenis ubat bertujuan untuk cepatkan bukaan supaya aku boleh bersalin. “Kita jumpa esok ya Azean”. Dalam hati aku, esok?? Aku mula tak keruan. “Nurse, bila agaknya ubat ni berkesan”. Jawab nurse, “Ada yang sekejap, ada yang lama, ada yang langsung tak berkesan, kena tengok keadaan”. Alamak, ini yang aku tak suka, tak berkesan?? Pesan suami, banyak-banyakkan berdoa supaya dipermudahkan.
Nak dijadikan cerita, aku memang tak dapat tidur langsung malam tu. Ada sedikit sakit perut tapi boleh ditahan. Yelah, aku memang sangat jarang diserang senggugut. Menjelang ke pagi, suami datang. Aku lihat muka suami ada iras-iras seperti kungfu panda. Lingkaran mata hitamnya jelas. Aku tau penat dia mengemas semalaman untuk menyambut kehadiran Safiya. Sebak pulak di hati. Tapi, aku masih boleh bergelak ketawa sambil makan sarapan. Wah, aku pandang remeh pada sakit contraction. Kalau setakat ini sahaja contraction, aku masih mampu bertahan, boleh beranak sepuluh lagi. Berlagak ye.
Pukul 9 pagi Dr. Siti pun datang. “Bukaan dah 3cm. Pukul 10 masuk labor room”. Seronok aku taktau nak gambarkan. Penantian ini akhirnya akan berakhir. Lalu, pukul 10 pagi, aku ditolak masuk labor room. Dr. Siti pecahkan air ketuban. Air dan darah bercampur penuh katil tu. Saat yang dinantikan pun tiba. Contraction pun datang setiap lima minit. Perghhhh!!Aku tak berapa pasti nak gambarkan kesakitan tu tapi lebih kurang sembelit yang sangat dasyat dan senggugut yang tangkap pinggang. Dah la aku boleh dikira dengan jari sahaja berapa kali aku sembelit seumur hidup aku. Tapi, aku masih cool. Suami sentiasa di samping. Suami aku pun cool lagi.
Kemuncaknya bila nurse datang pukul 12 dan bagitau aku baru bukak 4 cm. Ha?? Baru 4 cm. Lepas tu, aku tengok jam. Lagi berapa jam aku nak tunggu?? Contraction dah makin kerap. Tak pasti sebab mind set atau aku memang sakit, aku dah start berpeluh-peluh dalam kedinginan. Masih bertahan tanpa ubat tahan sakit. Dalam hati sempat berkira mampu ke lagi nak beranak sepuluh tu. Suami lagi la frust. Mana sampai hati nak tengok isteri berpeluh-peluh menahan sakit. Nak pergi solat jumaat pun tak keruan.
Sedang aku berguling-guling sambil asyik tengok jam, jiran di bilik sebelah menambahkan kegelisahan. Dah puas dia menjerit, lagaknya seperti pasukan sorak sewaktu hari sukan sekolah. Tiba-tiba, dengar pulak suami azankan bayi. Wahh! Terkedu sekejap. Lepas terkedu, sambung la balik tercungap-cungap. Ketika ini, baru teringat nak aplikasi subjek Psikologi Pre-Degree dulu. Bukan tak nak ingat, rasanya memang tak belajar cara tangani Psikologi sewaktu bersalin. Kalau Google, memang la selalu jugak rasanya aku carik tapi lebih kepada cara nak meneran (yang mana aku tak aplikasi pun ketika ni). Cis!
Lalu, suami buatkan air untuk aku minum. Bagi tenaga di samping mendoakan segalanya dipermudahkan. Memang menakjubkan, lagi sekali nurse datang bukaan sudah 9 cm. Sayang suamiku. Dalam sakit-sakit tu, aku boleh berazam nak jaga suami aku elok-elok dan taknak merajuk lagi. Pukul 2 petang nurse bagitau yang aku dah boleh meneran. Lagi satu perkara yang menakutkan. Tak pandai teran. Teran, teran, teran, masih belum dapat teknik yang betul. Tenaga entah ke mana. Suami suapkan sedikit air setiap masa sambil pangku kepala aku.
Akhirnya nampak kepala hampir keluar. Kata nurse dah sampai masa untuk paggil doktor. Oh! Aku pun ingat mungkin sambung teran lagi dengan Dr. Siti. Rupa-rupanya Dr. Siti datang dan ………… zaaaaasssst! Belum beranak lagi, tapi kena gunting. Aku dah hilang perasaan. Mungkin akibat contraction, atau buntu belum pasti dengan teknik meneran.
Puan, kalau 2.30, Puan masih belum bersalin, kita terpaksa hantar operation. Teran Puan..
Dah nampak kepala! Lagiiiii..
Dah sampai hidung, cepat!! Nanti baby nak bernafas tak boleh!
Dah sampai bahu, jangan berhenti!! Nanti patah!
Dan akhirnya……..
Puan, cantiknya kulit dia..Cuba Puan tengok, girl or boy?
Cantiknya my baby girl, Alhamdulillah………

Air mata berjuraian. Aku tak peduli apa pun teknik yang digunakan. Aku berjaya bersalinkan Safiya secara normal. Sejujurnya, aku memang tak dengar apa yang doktor atau nurse cakap waktu tu. Aku rasakan tu semua teknik atau taktik nak keluarkan Safiya. Betul ke dah nampak rambut, hidung, bahu?? Aku cuma dengar kata suami yang bagi semangat setiap masa di samping aku. Tanpa suami, aku tak rasa aku mampu. Alhamdulillah..terima kasih suami. Apapun, cancel ye pasal janji yang I taknak merajuk lagi. 

Kata suami pulak, memang trauma pengalaman pertama tengok isteri bersalin terutama bila nampak kepala dah keluar. Allah Maha Kuasa. Aku doakan perjalanan hidup Safiya juga dipermudahkan. Aku jugak doakan cepat-cepat boleh tambah lagi satu. Tak sabar. Hehehe.

Kata doktor, Cuma Safiya seorang bunga berbaju merah jambu yang lahir pada hari tu. Yang lain kumbang berbaju biru. Tapi Safiya la yang paling baik. Dan memang betul, Safiya masih cool begitu walaupun beberapa kali ambil darah akibat jaundis, masuk keluar hospital.
Bagi aku, pengalaman bersalin memang menakjubkan. Tapi jangan lupa berpantang sebenarnya lagi rumit nak diikutkan. Aku memang jaga makan walaupun rendang, lemang, kuih muih atau air oren depan mata. Hasilnya berat kembali pada berat asal malahan lagi ramping pulak. Hahaha. 
Pada rakan-rakan yang nak bersalin, apa yang paling penting kena ingat pengalaman setiap orang berbeza. Ada yang cepat, ada yang lambat, doakan saja segalanya dipermudahkan. Dan jangan risau, wanita memang dikurniakan kebolehan menahan kesakitan bersalin. Lagi satu, bila saja keluar dari labor room tu memang terus lupa kesakitan tu. Ajaib kan? Jadi, Goodluck pada yang akan melahirkan.

Pada yang survey2 tempat bersalin tu, salah satu pilihan bolehla pilih Dr. Siti dari KPJ Shah Alam. Motivational, calm dan jahitan kemas. Siap kena puji dengan nurse Klinik Kesihatan. Bravooo!

Perkahwinan yang indah bermula dari diri sendiri

Walaupun aku belum beruban dan bergigi dua untuk bercakap mengenai perkahwinan,aku masih ingin berkongsi sesuatu. 

Bagi yang telah berkahwin,memang bukan mudah untuk menjaga perkahwinan. Terutamanya para isteri. 

Pasti ada yang terdetik,"Kenapalah suami aku tak romantik, Kenapalah suami aku tak boleh belikan barang berjenama, Kenapalah suami aku tak ada masa, Kenapalah suami aku kena kerja tak tentu masa, Kenapalah suami aku susah nak memahami" dan macam-macam kenapalah lagi yang sering bermain di benak isteri. Ada saja yang tak puas hati. 

Kuncinya hanya Redha. Bukan senang tapi ya, kuncinya Redha dengan keadaan suami. Mohon petunjuk pada Allah S.W.T. Fahami bahawa tiada manusia yang sempurna.

Tentu ada sebab kenapa isteri itu dikatakan jodoh yang paling sesuai untuk suami. In Sha Allah,dengan meredhai itu akan lebih mengeratkan kasih sayang dan isteri akan lebih ikhlas dalam menjalani kewajipan.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang memperoleh keredhaan itu.

Pedulikan mereka ~ kanak2 memang aktif!

Waktu Safiya baby lagi, orang selalu kata-
“bagus la baby girl, senang jaga.”
“eh, boleh la simpan stok susu banyak, baby girl minum sikit je.”
“boleh dapat adik awal, baby girl tak aktif sangat.”

Dan macam2 lagi la pandangan terhadap anak perempuan ni. Aku akui, Safiya memang tak meragam, senang nak jaga. Cuma minum susu memang kuat. Belum umur setahun lagi, gigi Safiya dah 8 batang. Belum umur setahun lagi, Safiya dah berjalan. Stroller campak tepi. Car seat pun takmau lagi.
Sape kate aku tak bersyukur. Aku sayang Safiya. Bukan aku taktau, ada mata yang memandang. Bila pergi makan, Safiya sendiri yang pilih menu. Bila makanan lambat sampai, dipanjatnya meja. Bila berjalan kat shopping mall, jalan bukan main laju lagi. Kalau beli mainan, Safiya pilih mainan untuk budak 3 tahun ke atas. Bila ke rumah teman, pantang kalau aku memegang budak. Cemburu. Untung la, lebih baik dari yang tak dikurniakan kebolehan berjalan, berlari, bermain atau terhenti akalnya.
Sape kate aku tak bersyukur. Pertumbuhan Safiya cepat. Safiya pakai baju untuk budak 3 tahun. Size kasut 6. Tu pun pilih sendiri. Aku tak kisah. Sebab nak pakaikan Safiya baju, umpama aku berlari 100m. Satu bilik dipusingnya Safiya. Memang habis dipunggahnya rumah. Kabinet dapur yang diikatkan tali bersimpul, habis dibuka Safiya. Pagar berselak yang diletak di tangga, habis dibuka Safiya.Ada yang kata penat nak dukung Safiya. Jangankan korang, laki aku pun jenuh mendukung. Untung la, lebih baik dari yang tak dikurniakan kemampuan untuk membesar.
Sape kate aku tak bersyukur. Safiya memang tahan sakit. Kelmarin Safiya buat aksi Superwoman terjun katil. Semalam Safiya smack down Nimi sampai jatuh katil. Sakit hati aku tengok kepala Safiya lebam. Setiap kali Safiya jatuh, Safiya pandang kiri kanan. Yang penting jangan diagah, sambung la Safiya bermain. Tak menangis. Untung la, lebih baik dari yang saban hari terpaksa menanggung sakit sampai tak mampu lagi nak menangis.
Sape kate aku tak bersyukur. Walaupun dalam 10 orang, 10 orang jugak yang ingat Safiya ni baby boy, aku masih menjawab dengan penuh senyuman. Selalu aku pakaikan baju pink bunga2 ropol2 pun masih orang ingat baby boy. Rambut Safiya sikit. Ala, aku dulu pun apa kurangnya. Untung la, lebih baik dari yang langsung tak boleh tumbuh rambutnya.
Sape kate aku tak bersyukur. Bila aku cakap Safiya aktif, ramai orang kata, “ala, semua budak aktif”. Tapi, bila orang tengok sendiri, terkejut terpinga terkesima. Anak aku tak takut orang. Semua dilambainya. Dalam kereta ke rumah babysitter, Safiya boleh melambai2 walaupun pada bangla yang tengah naik basikal. Untung la, lebih baik dari yang tak cukup sifatnya, tak berguna tangannya.
Aku sentiasa bersyukur dengan kehadiran Safiya. Apa pun yang orang kata. Memang aku pernah keguguran kali kedua. Memang ramai yang kata akibat dari masih menyusukan Safiya. Aku tak peduli. Bagi aku, itu rezeki. Yang pergi, tetap pergi. Safiya belum sedia, mungkin juga aku. Aku gembira setiap kali bersama Safiya. Perasaan yang tak mampu nak digambarkan. Punya anak dan menambah anak bukan perlumbaan. Ianya hanya satu permulaan. Mentaliti yang perlu diubah.

Palace of the Golden Horses yang serammmmm.....

Cerita seram. Kalau berani, bacalah. Scroll2 mana nak bercuti dan hotel2 yg best ni teringat masa mula2 kawin dulu. Reception hari Sabtu. Nak romantik2 konon sambil menghilangkan penat, google la hotel2 yang tak berapa jauh nak tidur satu malam. Yelah, masa tu belum confirm dgn company, cuti pun pro-rate.
Tengah carik2, Ajak (husband aku) suggest hotel the Palace of the Golden Horses. Hotel ni kat Seri Kembangan. Memang class. Website die cakap ‘Best Luxury Golf Resort' hokaay. Tengok gambar tu best oooii. Time tu nasib aku baik la aku ingat, harga murah gila. RM120 including breakfast. Hati aku dah bunga2 dah. Cepat2 booking. Masa sampai, dalam hati cakap memang cantik la kan hotel ni. Dapat tidur satu malam pun jadi. Kami dapat bilik yang menghadap highway tu. Malam tu kami pergi dinner kat luar. Hujan renyai2. Masa balik hotel, tak fikir apepun. Badan penat pasal setelkan hal kenduri semua. Nak jadi cerita tidurlah kami masing2.
Tengah malam tu, tiba2 aku rasa Ajak tepuk aku sambil panggil aku. Aku terpinga2 jugak la. Kenapanya sayang? Ajak kata, “ada perempuan duduk atas I panggil I Maniaammmm, Maniaammmm……………”. Bulu roma aku terus meremang. Seram sejuk pulak dibuatnya. Ajak pun bingkas bangun baca apa yang patut. Pagar bilik. Aku rasa macam ada putting beliung. Yang tambah terkejut tu tiba2 kan, muka Ajak berubah. Jadi muka someone yang aku agak2 mix Serani. Badan kurus. Lepas dah habis baca, baru muka die berubah jadi normal balik. Maniam ke tu? Aku tak pasti. Yang pasti, aku bukak lampu sampai pagi.
Sudahnya dari nak hilangkan penat dan stress, bertambah la lesu badan ni. Orang mesti expect kami tak tidur pasal benda lain, hahaha. Padahal kena kacau hantu. Sekarang bila fikir balik, bukan je seram rasa hangin pulak hantu tu kacau laki aku. Syaitonirrojim betul. Merenyam. Ajak kalau nak buat lawak kadang sebut nama Maniam, automatic kami sama2 sengih. Takpe la, honeymoon yang ngeri. Masa tu berangan jugak nak honeymoon kat Kota Kinabalu sejuk2 nyaman2 tapi tak sempat sebab bunting pelamin. Maybe ade rezeki boleh pergi tapi bukan lagi Palace of the Golden Horses.
Pada yang tengah scroll2 carik hotel nak bercuti, jeng jeng jeng, jangan sampai hantu Maniam dan kekasihnya datang melawat anda…………
Cuci mata tengok gambar. Kot2 korang nak try kan.