Thursday, 25 August 2016

Aku, Korang dan Undang2..

Aku masih ingat, zaman sekolah rendah aku dulu, kita kena tulis cita2 atas kad yang lebih kurang macam kad laporan. Disebabkan ada tiga pilihan, cita2 aku untuk jadi saintis, doktor ataupun cikgu, kerjaya yang aku anggap gah satu ketika dulu. Nampak tak kat situ, takde pun nak jadi lawyer. Dan sejujurnya, memang taktau lawyer ni apa kerjanya. Aku pulak sekolah kat kampung.

Masa aku kecik, kebanyakan tahun aku dihabiskan duduk dengan arwah Tokwan dan Nenek sebelah ayah. Dapat asrama penuh tapi disebabkan keluarga bukan orang berada, maka aku pergi sekolah yang dekat je dengan rumah. Siap boleh jalan kaki panas2 terik tu dengan best friend aku, Sarah. Lepastu aku ke sekolah menengah pun sekolah kampung jugak. Rekod sekolah ni panas, banyak budak jahat. “Jahat ok!”, bukan nakal. Hahaha. Nasib aku tak jadi geng minah samseng masa tu.

Disebabkan mak dan ayah berpisah, aku pilih untuk ke Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan. Konon untuk bersihkan jiwa. Sekali tiap2 malam tidur dorm orang, takut hantu punya pasal. Aku ingat lagi, aku selalu ajak Ain teman aku tidur. Mashi, Emi, haaaaa mereka2 ni la jadi mangsa tidur sempit sebab aku mencelah.

Masa SPM, aku dapat 7A. Tapi, sengal sungguh langsung tak dapat offer pergi U. Aku dapat Politeknik Pelancongan dan dapat offer Maktab Perguruan. Rasa macam tak sesuai. Jadi, aku sambung Form 6 kat St. George. Maklum la, sekolah speaking weh. Berhabuk2.

Masa hujung tahun, aku decide untuk apply second intake mana2 U. Jadi, aku pilih UiTM di hatiku. Yuran RM300 lebih je, boleh la ikut kemampuan aku. Tapi bab course apa nak ambik, memang aku taktau nak pilih. Ada course memasak, erk. Aku ni masak sendiri boleh la. Kang terpelanting pulak pisau kena muka orang. Last2 aku tekan je Pengajian Undang2.  

Nak kata minat, aku memang suka membaca. Tapi, aku taktau aplikasinya kat mana. Dan, terfikir apa la hikmah ambik law ni kan. Maka, mula2 memang blur. Biasalah, kat kampung mana la kenal orang2 yang berjawatan professional ni selain doktor. Pandang kiri kanan ramai yang kaya2. Kita ni, orang biasa je. (T T).

Masa aku pre-degree dulu, tanah ayah belum ada geran. Bila pergi Pejabat Tanah sampai 3x, langsung tak layan. Macam sampah kot. Maaf cakap, aku dapat sampai kerani je. Tak berpeluang langsung jumpa pegawai. Maka, masa ni aku dah rasa yang undang2 dapat membantu aku satu hari nanti. Banyak kesusahan yang aku terpaksa lalui untuk habiskan ijazah, sampai pernah jual baju2 dan barang lama tu kat pasar pagi untuk cover fees and expenses. Yes, true enough, ada jugak yang membantu tapi harapkan balasan melebih pulak. Masa cuti semester, aku kerja kilang bangun pukul 4 pagi setiap hari dan cuti hari Ahad. Masa tu solid je badan. Hahaha.

Sekarang, aku dah kerja, dah kahwin dan dah ada anak. Dan, aku dah dapat balik tanah ayah aku dulu. Betul, undang2 banyak membantu aku. Walaupun aku berkahwin dengan lelaki yang ambik engineering, Ajak pun banyak belajar mengenai undang2 sebab Ajak jenis yang suka ambil tau. Tapi, bab ni yang aku lemah ni, fakta berapi2 keluar dari mulut. Being lelaki belajar pulak engineering, semua yang dia cakap masa gaduh fakta belaka. Sapa kata lawyer je nak menang. Lalu, aku pun menangis di penjuru katil. Hahaha.

Dengan undang2 la (dan kemahiran bertulis serta kemahiran berfikir Ajak yang analitikal dan penuh fakta), kami dapat claim:-
  1. Gantirugi tayar pecah langgar serpihan tayar lori kat PLUS. First rule, mereka ni takkan bayar pada claim pertama. Berusahalah dan hantar lagi claim pada kali kedua dengan hujah dan bukti-bukti kukuh. Jangan lupa tangkap gambar dan simpan rekod panggilan pada PLUS. Case closed and succeed.
  2. Bayaran insuran kereta. Yang ni complicated sikit. Kereta aku kena langgar. Hantar pada kedai repair kereta. Kedai repair kereta quote tiga ribu pada Kurnia Insurance tapi tak repair pun. Repair sikit2 je. Jadi, aku claim tiga ribu ni direct dari Kurnia Insurance supaya aku dapat repair sendiri. Case closed and succeed.
  3. Gantirugi untuk oven lambat sampai dan sinki tak ikut spesifikasi. Benda2 ni aku beli masa karnival. Kebetulan nak masuk rumah kan. Janji beriya tapi tak sampai2. Rupa2nya takde stok masa nak raya. Sinki pulak warna lain. Jadi, aku pergi tribunal pengguna, dapat bayaran lewat penghantaran 10%, pulangan duit sinki dan bayaran kontraktor untuk pengubahsuaian sinki. Case closed and succeed.
  4. Pemulangan wang semula sebab meja makan retak. Dua kali pulak tu kena tipu. Pun aku pergi tribunal. Alhamdulillah, case closed and succeed.
  5. Pemulangan wang semula kerusi ruang tamu patah. Masa ni lawak sikit. Rupanya, syarikat perabot tu tiga direktor bangla. Drama2. Case closed and succeed.
  6. Gantirugi rumah bocor. Developer memang famous, siap salah seorang dari 10 terkaya kat Malaysia. Apa yang kami buat, tulis surat hantar ke Putrajaya setelah aduan tak dilayan. Dan kebetulan masa tu director turun nak pergi makan. Dapat gantirugi dua ribu untuk tilam dan kipas. Case closed and succeed.
  7. Pemeriksaan semula meter TNB atas caj yang tak relevan. Ni kat kampung la rumah Mama dan Ayah Ajak. Rumah aku pasal kedekut siap timer aircond, jadi tak boleh la nak caj lebih. Kena buat analisis lagi. Ajak siap buat pengiraan. Case closed and succeed.
  8. Medical negligence. Yang ni pun tak boleh disclosed atas perjanjian dengan hospital. Case closed and succeed.
  9. Gantirugi atas kecuaian dalam servis kereta dan gagal untuk membuktikan bahawa kerosakan diakibatkan oleh pemilik. Case closed and succeed.
  10. Complaint against bank, telcos and others.
Okaay, aku kena la jelaskan pada korang tak semua benda kita kena complaint. Dan tak semua benda kita patut diam. Contoh, bila doktor sambut anak, tangan anak tersangkut sampai tak boleh gerak, kena pergi fisio, yang ni kena complaint. Atau, lepas bersalin, doktor jahit tak betul hinggakan luka terbuka semula, yang ni kena complaint. Atau, caj2 yang tak relevan, kena tipu dan sebagainya, kita perlu berani untuk ambil tindakan. Tak semestinya kita kena upah lawyer. Rajinkan diri tanya orang, cari sedikit bahan bacaan dan bagitau pada orang yang aniaya kita tu bahawa kita ada sedikit pengetahuan mengenai undang2. Kau hengat aku taktau ke, lebih kurang macam tu la mimik muka. Kalau pergi kedai makanan tak sedap, tak payah la korang complaint sampai kementerian pulak kan. Tu sengal namanya.

Walaupun dulu aku belajar bidang undang2, tapi apa yang aku belajar hanya teori. Kebanyakan yang aku tau adalah berdasarkan pengalaman. Dan sebab Ajak jugak sangat supportive selain rajin bagi pendapat dari pandangan seorang layman.

Seperti yang kita tau, memang aduan takkan ke mana2 kalau kat Customer Service tu jadi kita kena berani untuk bersuara ke pihak yang lebih tinggi.

Ingat, tak semestinya orang kaya je yang boleh berjaya atas segala2nya dan boleh menindas orang biasa macam kita. Orang kaya ni pun manusia ada jugak kelemahan. Takut namanya busuk disebut orang tapi tak takut Tuhan. Mereka suka menganiaya orang biasa macam kita walaupun tau yang sebenarnya memang terang-terangan salah. Lepastu cerita pulak kat jiran tetangga, saudara mara, rakan2 yang kononnya kita ni salah. Kau yang bodoh tak reti baca takut nama kau busuk sapa suruh. Kau ingat pangkat kau datin, kau dapat kerusi emas ke kat akhirat? Dah tua pun tak berubah suka mengumpat memfitnah orang. Tak takut Tuhan bukak aib kau ke datin? Nama je anak belajar undang2 kat oversea, tapi maruah sikit pun takde. Sedara mara pun bodoh jugak mengiyakan aje. Tak selidik dulu. Datin2 pun mengemis duit orang jugak. Sanggup jual anak jadi hamba abdi. MasyaAllah. Eh, teremosi pulak. Hahaha. Iklan je tu. Drama. Jangan panik okaay.

Berbalik kepada nasihat aku ni, yang penting kita kena berani, usaha, rajin bertanya dan last sekali barulah tawakal. InsyaAllah, Allah akan bagi jalannya. Ada sesetengah orang biarkan diri mereka ditindas dan akhirnya susahkan mak ayah. Kan lebih baik kita bertanya. Takdir tu takdir jugak tapi kalau diri sendiri yang rugi, apa gunanya. Bodoh piang namanya tu.

Sekian.

##kalau nak tanya kat aku sikit2 pasal undang2 tu boleh kawan2. Kami tak kedekut ilmu.


1 comment:

  1. Xtau cane nk ckp... tp pasangn ni mmg baaaanyak tlg ktrg... saaaaayiang dorg... ;)

    ReplyDelete