Sebagai ibu dan bapa, memang terlampau
luas ilmu yang kita kena pelajari untuk menjadi ibu bapa yang terbaik. Kadang2
tak semestinya melalui bacaan tetapi juga melalui pengalaman. Tambah2 anak
pertama. Terkedu2 dibuatnya.
So, parents, please read this. Aku nak share pengalaman aku (ngilu gigi
bila cerita) pasal anak kena demam sawan. Demam sawan ye, bukan sawan babi ke
ape. Demam sawan ni maksudnya sawan atau tarik tu terjadi bila anak demam. Tapi
bahaya lagi kalau tak demam pun kena sawan. Tu memang doktor akan cek dengan
lebih lanjut. Yang aku nak cerita ni anak aku kena demam yang mengakibatkan
sawan atau tarik. Jelas? Okaay. Jadi, kita mulakan penjelajahan cerita aku ni.
Ahad, Safiya demam. Isnin aku bawak pergi klinik. Aku ambik cuti. Safiya
mandi, makan ubat, makan nasik dengan sup sikit tengahari dan tidur. Bangun
dari tidur, main2 aktif macam biasa aku bawak Safiya keluar. Dalam pukul 6
petang, aku dengan husband nak pergi 99 Speedmart. Aku fikir nak beli spaghetti
pasal Safiya memang suka makan spaghetti. 99 Speedmart memang betul2 sebelah
klinik.
Part ni memang aku tak boleh lupa. Aku nak bawak Safiya turun. Selalu
bila aku panggil, dia memang excited nak turun. Tapi, dia diam. Aku panggil
Safiya banyak kali. Pucat. Bola mata tak gerak langsung. Aku panic. Bagi kat Ajak
dan tanya, “kenapa dengan Safiya ni??!”. Since Ajak susah nak turun dari tempat
driver, dia suruh aku lari bawak Safiya masuk klinik cepat2. Sambil lari sambil
nangis, sambil jerit. Macam meroyan pulak. Lutut dah lemah. Nak jatuh2 aku
dibuatnya. Kalau Ajak tak ada masa tu, aku ingat mesti aku pengsan dulu.
Hahaha. Ajak kata air liur Safiya dah meleleh2.
Masuk je klinik, memang ramai orang. Yelah, nurse takkan suruh tunggu
pulak kan. Terus bawak jumpa doktor. Aku tak cakap apa2. Serabut. Terus doktor
suruh baringkan Safiya. Aku tengok Safiya diam lagi. Bola mata masih tak gerak.
Dengan pantas, doktor cek suhu sambil angguk2, doktor bukakkan baju, ngiringkan
dia, bukak aircond kuat2, sejukkan kepala dan badan dengan air sejuk. Masukkan
ubat bontot. Panggil2 nama Safiya supaya sedar.
Parents, biasalah, time2 panic macam ni macam2 ayat keluar, contoh
pendekkanlah nyawa aku sikit dan selamatkanlah anak aku, dah cukup ke aku jaga
dia selama ni, aku selalu bebel kat dia dan macam2 la. Selebihnya doa. Manalah tak sedih, terberak2 buang
air besar (buang panas dalam badan), lepastu Safiya pun nangis. Aku dah
sentimental kat situ. Sibuk pegang kaki dia sambil jerit2. Siap terhantuk pulak
kat kabinet sebelah katil tu. Ajak pun tak terkata. Bertakung air mata. Dah
macam wartawan aku tanya doktor macam2. Doktor kata nilah demam tarik. Laa. Aku cuba2
korek maklumat dalam memori aku ni, ada tak aku baca mengenai demam tarik.
Pergh! Sadly, aku ada baca sekali lalu tapi kosong berlalu pergi. Aku tak
pernah baca dengan teliti pasal demam tarik ni!! Menyesal2.
Doktor dah mintak nurse callkan ambulan awal2 tadi. Since yang paling
dekat dengan klinik tu Hospital Klang, aku gagahkan jua. Bukanlah pasal apa, aku
dengar ada orang masuk hidup, keluar meninggal la pulak. Hahaha. Mungkin hospital
tu crowded ke hapa ke taktau la. Aku tengok Safiya dah ok. Cuma dia sejuk.
Ambulan pun datang dengan dua jejaka tak berapa handsome tapi baik. Macam2 aku
tanya dalam ambulan. Jawab je la kan. Boleh pulak jalan jam. Safiya aku tgk
semi-conscious. Penat mungkin. Terus masuk emergency room.
Part ni aku nyampah. Suruh aku duduk kat luar pulak. Daftar la apa
semua, aku tunggu dengan Ajak kat ruang menunggu. Aku dengar suara Safiya jerit
punyalah kuat. Nurse tak bagi masuk. Hish. Apa la diaorang buat. Memang doa je
la yang aku mampu. Seriously.
Bila aku dapat masuk setelah berjam2, aku tengok Safiya tengah tidur. Nak
luluh jantung. Selirat pulak wayar2 ni. Dengan pakai pampers je. Pakar pun datang. Banyak soal jawab.
Manalah aku nak ingat sangat. Yang simple2 tu boleh la. Kalau tanya details,
baik aku je yang jadi doktor. Asyik tanya ada tak bola mata dia ke atas. Aku
cakap tak ada, tanya lagi sepuluh kali.
Safiya bangun. Blur. Dah tu, nangis. Aku dah risau balik. Haih. Aku
dengan Ajak panggil2 Safiya tak jawab, asyik nangis. Aku dengan Ajak panggil2 lagi, pun dia tak pandang juga. Aku pandang pakar. Pakar kata kami tak boleh jamin
apa2. Demam tarik boleh sebabkan bola mata tak berfungsi dengan baik. Lepastu
entah apa pakar explain dalam medical terms siap ada electricity charges tak
release dan banyak lagi terms kepala hotak dia aku nak paham.
Tak lama lepas tu, Safiya sedar sepenuhnya. Safiya panggil Mama, Safiya
panggil Daddy. Aku lihat bola mata Safiya normal. Alhamdulillah. Perkara
pertama, Safiya tunjuk beg biru, korek2, rupa2nya nak makan biskut cicah air.
Mata bertakung lagi. Sampai lima keping biskut. Aku susukan Safiya. Aku tau dia
rasa selamat bila aku susukan dia. Tangan yang kecil dan sejuk tu pegang jari2
aku kuat2.
Dah kenyang dan menyusu, tidur balik. Aku pergi makan kat café. Yelah,
kalau aku tak makan kurang la khasiat susu aku. Hihi. Bile aku balik ke
emergency room, nurse pun marah sebab tak ada orang tunggu. Katanya,
“Puan, jangan tinggalkan Safiya ni sorang2. Susah kami nak bagitau apa2.”
Aku pun balas,
“Dah memang saya sorang ni. Suami saya balik rumah. Saya cakap jumpa
esok je”.
Nurse balas,
“Bukan. Tadi saya nampak ada tiga orang baju putih bersih berdiri tegap
keliling Safiya. Saya ingatkan ahli keluarga. Baru sekejap tadi, agaknya Puan on
the way dari café.”
Dah pulak. Krik krik krik. Masing2 diam. Err. Okaaaaay. Aku pun cepat2
tukar topik. Masa perjalanan nak ke wad tu, sunyi sepi je. Melayan perasaan
sendiri la kot sambil aku pun melayan bau ketiak tak mandi lagi berkejar sana
sini.
Perasaan pertama aku tengok
keadaan wad, aku rasa nak pengsan. Penuh yang amat. Aku dapat katil extra yang
letak kat tengah2 tanpa kabinet tu. Katil baby. Ade kerusi je untuk peneman. Duk
terfikir susahnya nak menyusu. Kami berdua dah penat. Sepanjang malam, beberapa
kali doktor dan pakar datang nak cek Safiya. Ketuk2 kaki, ketuk2 tangan, cek2 mata sama ada
bola mata berfungsi dengan baik ke tak. Barulah aku tau patut la risau sangat,
rupa2nya yang Safiya jerit tu dia kena tarik lagi kali kedua dalam emergency
room. Aku tak dimaklumkan. Bila aku tanya sebabnya, doktor dan pakar berdiam
diri. Aku pasti tak ada sesiapa attend Safiya, dibiarkan agak lama atas katil
sorang2. Aku diamkan. Kemudian saja aku fikir nak mengadu ataupun
tidak.
Alhamdulillah Safiya sihat, sangat. Mana taknya, dia nak berjalan pukul
3, 4 pagi berlari, bermain. Aku dengan mata panda, berpeluh ketiak, muka
berkilat, dukung la anak aku yang berbelas2 kilo ni keliling wad. Selipar
Safiya tak bawak. Kesian aku tengok orang lain nak tido. Sudahnya, bila sembang
dengan ramai parents esoknya tu, mereka gelarkan Safiya “Budak Yang Aktif”. (T T).
Sekali dah pagi, pakar cek Safiya dan maklumkan aku yang Safiya
memang normal, dah pulih. Nak dijadikan cerita, masa bincang dengan doktor dan
pakar, Safiya yang aktif tu jatuh katil la pulak. Gedebuk. Nurse dengan kurang
ajarnya sound tepek aku depan orang ramai “Tolong la mak2 tengok sikit anak tu.
Jaga anak betul2.” Lepastu terus pergi kaunter cakap dekat mikrofon sound mak
bapak suruh jaga anak baik2.
Haaaaa. Ni memang buat aku bengang. Aku jeritkan kat dia sambil meleleh2
air mata ni,
“Hoii, siapa nak anak jatuh katil ha?! Aku ni dah la stress satu hari
tak tido, sedih anak sakit, berjaga duduk atas kerusi, kau tak boleh layan baik
sikit ke? Aku belum sound lagi orang tak attend anak aku semalam sampai dia
kena attack lagi sekali”.
Drama tu. Parents yang lain menyokong. Bahasa biar indah. Sampai doktor dan
pakar mintak maaf dan cakap baik2 lepastu. Nurse datang tarik tangan aku dan
mintak maaf. Ajak dengan aku mintak keluar hospital time2 tu juga. Nak tak nak
lepas buat laporan, kena la bagi aku keluar juga memandangkan Safiya pun dah tak
demam lagi.
Esoknya tu aku pergi KPJ Shah Alam. Jumpa dengan Dr. Zaini. Kat situ
barulah aku tau banyak benda. Dalam layman terms.
“Rupa2nya demam tarik ni tak semestinya berlaku
waktu suhu terlalu tinggi. Ada banyak faktor sebenarnya. Genetik ke, aktif ke,
charges ke, yang penting parents kena tau bila anak demam, buatlah apa pun yang
dapat turunkan suhu anak. Tradisional ke, modern ke, mesti pastikan bila demam
turunkan suhu anak. Apabila anak demam sampai kena tarik, jangan la sibuk nak
angkut sana sini Cuma baringkan anak, buka baju supaya haba keluar, iringkan
anak supaya anak tak tersedak masa air liur keluar. Sejukkan badan anak dengan
kain basah. Lepastu dia akan tidur sekejap dan bangun balik. Bawak la ke
hospital untuk pemeriksaan lanjut. Ingat, jangan masukkan sudu dalam mulut
anak, jari ke, dek alasan takut dia tergigit lidah sebab kalau gigit benda
lain, akan lebih memudaratkan."
Aku jenguk lidah Safiya okay je. Gigit sikit je. Dan u olls, jangan sibuk2 fikir budak kalau kena demam tarik ni dah
cacat ke whatsoever. Semua bayi atau kanak2 sama saja. Mereka tidak tahan
dengan suhu panas. Jangan nak pandai2 kata,
“Haaaa, kena lagi tu lepasni”.
Berfikiran mesti positif. Apa2 sakit pun rawat puncanya.
Bila tanya dengan kawan2 office, ramai juga yang anak kena demam tarik
ni sekali seumur hidup dan mostly anak2 yang sangat aktif. Logiknya time demam
ni kan, suhu panas. Bila aktif bermain lagilah panas kan. Jadi, apa aku buat
setiap kali Safiya dedar aku lumur dengan air asam jawa or sejukkan dia dengan
kain basah. Mesti mandi.
Dan juga, pada yang bekerja dengan hospital kerajaan tu, aku bukanlah
nak merendahkan hospital kerajaan. Masa Safiya jaundice dulu pun aku masuk je
Hospital Sungai Buloh. Makanan sedap.
Cuma kesian. Terlalu penuh. Dah la wad
memang penuh dengan kanak2 macam2 penyakit, paru2 masuk air, demam panas berpanjangan,
even keliling aku penuh dengan anak2 yang kena demam tarik akibat cuaca yang
terlalu panas. Tak ada parents yang nak anak masuk hospital. Ataupun duduk
melangut atas kerusi sepanjang malam tanpa sebab.
Mentang2 kebanyakan konon2nya datang dari golongan pertengahan, dilayan
dengan buruk sambil perli2. Aku dapat layanan yang baik sikit pun sebab
pekerjaan aku. Lagi satu contoh, banyak katil extra yang tak ada meja letak
makanan jadi terpaksa la letak atas lantai. Bukan nak cakap baik2, dikatanya
pulak menyusahkan dan patut hantar sendiri pergi pantry. Amboiii2. Ada lagi
macam2 kes salah urat la sampai anak duk ngadu “sakit Ayah, sakit!”.
Bagi doktor2 pulak, tau yang korang doktor, belajar susah payah
berkaitan perubatan. Tapi, kami ni orang biasa. Cuba la belajar nak explain
dalam layman terms. Kami duk nganga la macam orang bodoh. Tu kami tu yang ada
la jugak pelajaran sikit. Kalau pakcik makcik atuk nenek yang dari kampung tu tak
ke haru biru dibuatnya. Lepastu sebagai parents memang kami tau emergency room
tu penuh macam sardin, kot sampai tertinggal anak kami unattended tapi, bagitau
la apa yang jadi. Parents berhak tau.
Tak ada la semestinya kami nak saman or nak complaint je. Kalau masing2
dah deliver yang terbaik, tak adalah nak hambur tak tentu pasal.
Berterima kasih juga pada doktor Klinik Kumar dekat Taman Sri Andalas, Klang. Efficient. Tangkas. Asistant pun baik2. Tak minta bayaran (jadi kami belikan KFC). Yang aku respect, walaupun doktor berlainan bangsa dan agama memang berusaha sedaya upaya selamatkan Safiya. Memang doktor ni pun bagus cuma klinik dia sentiasa penuh, malas aku nak tunggu. Hahaha. Kami selalu pergi Klinik Zailina dekat Taman Sri Andalas, Klang juga pasal doktornya pun bagus. Explanation senang faham. Layanan best. Kadang soalan tak berkaitan pun aku selalu tanya weh.
By the way, memang Hospital Klang ni disisihkan ke semenjak nak naik
Hospital Shah Alam yang gah tu? Oopppsss!!
Ps: Ni pendapat aku je. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan
sempadan. Okies.
Insyaallah semua akan ok. Monitor je.
ReplyDeleteThanks ya. Risau jugak kan orang asyik cakap macam2. Hihi.
ReplyDeleteOnline Coin Casino Review Canada - Casino Ow
ReplyDeleteOur review of online casino, casino, 메리트 카지노 고객센터 gambling 바카라사이트 and gambling laws. All of the casinos listed below will be approved by the 인카지노 Gaming Council and accept